web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Umat Islam Dilarang Terlibat Acara Doa Beramai-ramai Anjuran Bukan Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 3:43PM

Larangan dibuat bagi mengelakkan penyebaran agama lain kepada umat Islam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melarang orang Islam untuk terlibat di dalam majlis bacaan doa beramai-ramai yang dianjurkan oleh orang bukan Islam.

Perkara itu diputuskan dalam satu Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali ke -113 sebelum ini.

Menurut siaran tersebut, tindakan berkenaan dilarang untuk mengelakkan berlakunya penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam.

"Mesyuarat telah memutuskan larangan bagi orang Islam untuk melibatkan diri dalam majlis doa beramai-ramai yang dianjurkan oleh orang bukan Islam, atau dalam majlis yang dibacakan doa yang tidak difahami maksudnya atas dasar menutup jalan-jalan kerosakan untuk mengekang fahaman pluralisme agama yang bertentangan dengan kebanyakan agama-agama.

"Ini juga untuk mengekang penyebaran agama lain kepada penganut agama Islam berdasarkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan," memetik siaran Bayan Linnas siri ke 156 itu.

Jelas kenyataan itu lagi, meskipun Islam agama yang meraikan dan memperakui kewujudan kepelbagai agama, masih terdapat beberapa perkara yang tidak harus dilanggar.

Ini bagi memastikan prinsip-prinsip di dalam Islam akan kekal ekslklusif dan terpelihara.

"Meraikan kepelbagaian bukan bermaksud mengiktiraf keabsahan agama lain sehingga sanggup berkompromi dalam hal-hal yang bersifat prinsip.

“Justeru, dalam hal yang berkaitan dengan prinsip-prinsip aqidah, ibadah dan syariah, Islam akan kekal eksklusif sampai bila-bila.

“Namun, dalam perkara yang melibatkan keamanan sejagat dan perpaduan nasional, kita boleh bersama-sama merealisasikannya sebagai warganegara Malaysia," kata siaran itu lagi.

Baru-baru ini, tular satu video video mengenai satu program pecah tanah bangunan ibu pejabat sebuah parti di ibu negara diadakan dalam suasana upacara keagamaan bukan Islam.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, seorang lelaki dipercayai beragama Islam sedang membacakan doa di hadapan beberapa individu yang sedang melakukan ritual keagamaan bukan Islam yang dihadiri ratusan tetamu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum ini berkata akan menyiasat berhubung insiden tersebut.

Menurut agensi berkenaan, pihaknya akan memastikan bahawa amalan tersebut  tidak melanggar sebarang hukum atau fatwa yang sedang berkuat kuasa.

Dalam perkembangan yang sama, Malaysiakini melaporkan, MIC mempertahankan tindakan mereka mengadakan majlis keagamaan ibu pejabat parti berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun Timbalan Presiden parti itu, M Saravanan berkata, majlis tersebut bukanlah mencapur-adukkan ritual sesuatu agama, termasuk Islam, sebaliknya dibuat dengan peraturan yang tertentu.- Getaran, 24 Ogos 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad