web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EVA Air Lancar Kempen Khusus Bagi Pengembara Malaysia Nikmati Perjalanan Selesa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 3:12PM

EVA Air lancar kempen Elevating Your Experience untuk pengembara Malaysia. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan berpangkalan di Taiwan, EVA Air melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’ (Tingkatkan Pengalaman Anda) khusus bagi pengembara Malaysia untuk menyelami pengalaman perjalanan udara yang serba selesa serta mudah.

Pengurus Besar EVA Air Malaysia Jack Tseng berkata syarikat penerbangan tersebut mempelawa rakyat Malaysia untuk “menikmati pengalaman penerbangan yang melangkaui daripada biasa”.

“Kami berbesar hati untuk memberi inspirasi serta menyemarakkan semangat para pengembara kami dengan memastikan setiap penerbangan menerusi EVA Air menjadi satu perjalanan penuh penerokaan, keselesaan dan keterujaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat penerbangan itu menyediakan perkhidmatan laluan dari Kuala Lumpur ke beberapa bandar di Eropah seperti Milan, Munich, Paris, Vienna, London dan Amsterdam.

Menurutnya, penumpang bagi laluan ke Eropah menerusi Taiwan akan melalui “pengalaman penerbangan yang lancar dengan sentuhan kemesraan dan hospitaliti Taiwan.”

“Kempen ini diilhamkan untuk menyuntik inspirasi dan meningkatkan pengalaman deria serta nilai-nilai yang dititikberatkan oleh pengembara moden,” katanya.

Ini juga memaparkan komitmen EVA Air yang berusaha mencipta pengalaman tidak dapat dilupakan dengan inovasi canggih selain turut bekerjasama dengan cef-cef tersohor bagi menaik taraf sajian hidangan.

Sejajar dengan kempen berterusan itu, EVA Air akan membolehkan orang ramai menyelami pengalaman tawaran yang ditawarkan menerusi trak khas bercirikan Realiti Terimbuh (AR) ditempatkan di Starhill, Bukit Bintang (24-27 Ogos) serta The Sphere, Bangsar South, di sini, dari 10 pagi hingga 10 malam. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad