web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Logistik, Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Lancar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 11:47AM

Persiapan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2023 giat dilaksanakan di Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Persiapan aspek logistik dan teknikal di Dataran Putrajaya, lokasi tumpuan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023, berjalan lancar dan telah mencapai kemajuan 90 peratus.

Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Produksi dan Artistik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Haqkam Hariri berkata gerak kerja untuk persiapan tersebut telah dimulakan sejak 1 Ogos lepas melibatkan kira-kira 100 tenaga kerja.

“Boleh dikatakan khemah royal box, layar skrin gergasi, kerusi teres bertingkat, besi penghadang, baik pulih persekitaran dan pemasangan fasiliti seperti tandas bergerak sudah siap,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Haqkam berkata kerja-kerja pemasangan akan diteruskan dengan pemasangan enam skrin layar di sepanjang jalan berhadapan Istana Kehakiman serta beberapa kelengkapan berkaitan.

Dari segi bekalan tenaga elektrik, beliau berkata kira-kira enam generator akan digunakan dengan kapasiti penghasilan tenaga elektrik antara 1.0 kilo volt ampere (kva) dan 1.5 kva.

“Mungkin kita akan tambah lagi berdasarkan keperluan atau untuk pengganti. Generator ini untuk bekal tenaga elektrik pada papan layar, sistem suara serta peralatan elektrik di royal box,” katanya.

Sebanyak  10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan; Perpaduan Malaysia MADANI; Ekonomi; Perbankan; Telekomunikasi; Industri Kreatif; Komuniti; Sukan Negara; Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” sebagai tema sambutan, manakala Malaysia MADANI diangkat sebagai logo rasmi.

Putrajaya sebelum ini menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan pada 2003, 2005, 2018 dan 2019. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran