web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Dipercayai Buat Panggilan Palsu Bom di Aeon Klebang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 11:09AM

Aeon Chemor Mall Klebang sudah beroperasi semua pagi ini selepas terpaksa dihenti operasi semalam susulan panggilan palsu ancaman bom. - gambar JBPM Ipoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai bertanggungjawab terhadap panggilan palsu ancaman bom di pusat beli-belah Aeon Mall Klebang, Chemor petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan tersebut ditahan pada 9.30 malam tadi di kawasan Tasek, dekat sini.

"Suspek dipercayai bertanggungjawab berdasarkan pengakuan dikumpul dan peranti komunikasi yang digunakan untuk membuat panggilan palsu. Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pagi ini.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun keseksaan dan dengan tertangkapnya suspek kes dianggap selesai.

"Pemeriksaan di seluruh premis tidak menemukan sebarang objek meragukan. Kawasan bangunan disahkan selamat dan semua kakitangan dibenarkan masuk semula pukul 10.30 malam tadi," katanya.

Semalam, bangunan itu terpaksa dikosongkan dan dihenti operasi selepas pekerja premis menerima panggilan ancaman bom kira-kira 5.30 petang.

Susulan itu, Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dibantu pasukan bomba melakukan pemeriksaan menyeluruh di bangunan tersebut.  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar