web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Exco Negeri Sembilan Angkat Sumpah Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 4:29PM

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan bagi Dewan Undangan Negeri penggal ke-15 akan mengangkat sumpah esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Sembilan bagi Dewan Undangan Negeri penggal ke-15 akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah itu akan bermula pada 9 pagi di Istana Besar Seri Menanti.

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan memaklumkan sidang media mengenai pelantikan Exco berkenaan akan diadakan pada 5 petang esok selepas Mesyuarat Exco negeri yang pertama di Wisma Negeri.

Keputusan PRN Negeri Sembilan pada 12 Ogos, menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri selepas mendapat 31 kerusi iaitu 17 kerusi PH dan 14 kerusi BN, manakala Perikatan Nasional (PN) meraih lima kerusi.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata kerajaan negeri berkemungkinan menjenamakan semula portfolio Exco agar selari dengan peranan peringkat kerajaan Persekutuan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar