web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laman Web Sesak, Tempahan AstraZeneca Untuk Warga Emas Terganggu

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 4:11PM

Kerajaan menawarkan 1,240,000 dos suntikan AstraZeneca kepada warga emas, dalam pusingan kedua pendaftaran bermula hari ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sama seperti kali pertama, pendaftaran slot suntikan vaksin AstraZeneca buat warga emas yang dibuka mulai tengah hari tadi ‘riuh’ seketika, apabila sejumlah besar pemohon merungut mengenai gangguan teknikal ketika mahu mendaftar.

Senario itu menyebabkan Twitter dibanjiri ciapan netizen yang mengeluh mengenai kesukaran berkenaan, apabila mahu membuat tempahan slot untuk ahli keluarga masing-masing.

Mereka mendakwa, butang pada ruangan waktu dan lokasi tidak berfungsi, menyebabkan laman web itu terpaksa dilayari beberapa kali, sebelum berhasil.

Ada pula mendakwa, permohonan mereka tidak boleh didaftar apabila butang terbabit gagal berfungsi seperti sepatutnya.

Seorang pengguna, Faiz Fadzil yang menggunakan akaun @el_flynn berkata, dia gagal untuk memasuki laman web dimaksudkan bagi membuat pendaftaran.

Ezra Zaid pula mengeluh apabila butang State/Negeri tidak berfungsi, menyebabkan dia terpaksa membuat permohonan beberapa kali sebelum akhirnya berjaya.

Situasi itu bagaimanapun dikatakan pulih sejak tiga jam lalu, apabila semua pendaftaran tidak lagi berdepan sebarang masalah.

Ia dikatakan berpunca daripada jumlah trafik yang terlalu tinggi, sekali gus menimbulkan ‘kesesakan’ ke atas laman web terbabit.

Kerajaan menawarkan 1,240,000 dos suntikan AstraZeneca kepada warga emas, dalam pusingan kedua pendaftaran bermula hari ini.

Slot tempahan suntikan dibuka mulai jam 12 tengah hari tadi, untuk slot bermula 7 Jun hingga 27 Julai buat dos pertama, membabitkan lapan Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca (PPVAZ).

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), semua PPVAZ itu adalah Pusat Konvensyen Setia SPICE, Pulau Pinang; Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru; Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak; dan Institut Kemahiran Belia Negara Miri, Sarawak.

Lokasi lain ialah di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dua premis di Selangor iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor; dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di Shah Alam.

Tempahan berkenaan hanya dibuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di lima negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. - Getaran, 23 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad