web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warganegara Malaysia boleh tunai umrah dengan visa ketibaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 8:23PM

Rakyat Malaysia dan 11 negara lain kini boleh menunaikan umrah menggunakan visa ketibaan. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah kini boleh berbuat demikian menggunakan visa ketibaan, susulan pengumuman Kementerian Haji Arab Saudi menerusi aplikasi X hari ini.

Selain Malaysia, 11 negara lain adalah United Kingdom, Australia, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Kazakhstan, Brunei dan China.

Bagaimanapun, umat Islam dari kesemua negara terbabit perlu mematuhi beberapa peraturan ditetapkan iaitu berumur 18 tahun ke atas kecuali jika ditemani penjaga.

"Pemohon juga mesti mempunyai pasport sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan sebelum ketibaan, memperoleh insurans perubatan sah yang dikeluarkan di Arab Saudi dan setiap yuran visa yang dipohon akan dikenakan levi," memetik ciapan @insharifain di laman X hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Haji Arab Saudi mengumumkan pengeluaran visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Kementerian itu turut mengumumkan pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusuk.

Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.

Kemudahan yang disediakan itu membabitkan individu yang ingin menunaikan umrah adalah sebahagian daripada perundangan baharu yang diterima pakai baru-baru ini, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63 peratus sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.

Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.- Getaran, 20 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad