web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Jangkitan Influenza Tempatan Masih Stabil - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 8:28PM

Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa aliran jangkitan influenza di negara ini masih merekodkan bacaan yang stabil. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Analisis semasa Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati trend jangkitan influenza di negara ini merekodkan bacaan yang stabil, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan. 

Beliau berkata kadar konsultasi kes penyakit seperti influenza (ILI) antara 6.14 hingga 6.44 peratus, manakala kadar kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) ialah 6.98 peratus hingga 8.79 peratus sepanjang bulan lepas.

“Aktiviti survelan makmal yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) juga tidak mengesan sebarang kelainan atau perubahan atau mutasi pada virus influenza yang menular pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selesema yang ringan pada kebanyakan individu dan jangkitannya cenderung berlaku sepanjang tahun, selain boleh menyerang semua peringkat umur termasuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Dr Muhammad Radzi berkata peningkatan trend jangkitan yang direkodkan itu melibatkan virus influenza sedia ada iaitu 54 peratus virus influenza A(H1N1), 40 peratus virus influenza A (H3), lima peratus virus SARS-CoV-2, dan satu peratus influenza B pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2023) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos lepas.

Selain itu, katanya terdapat 19 kluster jangkitan berkaitan saluran pernafasan selain COVID-19 yang dilaporkan pada ME 31/2023, meningkat daripada 18 kluster yang dilaporkan pada ME 30/2023 iaitu bagi tempoh 23 hingga 29 Julai lepas. 

“Sejumlah 155 kes terlibat dalam kluster tersebut dan jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan hingga ME 31/2023 adalah 199 berbanding 282 bagi tempoh yang sama tahun lepas, iaitu penurunan 83 kluster (29.4 peratus),” katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata kluster tertinggi yang dilaporkan berlaku di sekolah menengah dan rendah iaitu 101 kluster bersamaan 50.8 peratus, diikuti 40 kluster atau 20.1 peratus di tadika.

“Tiada kes kematian dilaporkan daripada kesemua kluster yang sudah direkodkan sepanjang tahun ini,” katanya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Rencana 2 tahun yang lalu

Autisme: Masyarakat Semakin Memahami, Namun Penjaga Perlukan Lebih Banyak Sokongan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

23 Kes Strok Haba Direkodkan Setakat Ini - KKM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad