web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Proses Pengurusan Mayat Mangsa Nahas Pesawat Terhempas Dijangka Selesai Isnin – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 4:56PM

Razarudin ketika bercakap dengan waris mangsa nahas pesawat di Elmina, di Jabatan Forensik HTAR, Klang. - gambar Syadila Amari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Proses pengurusan mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam dijangka selesai seawal Isnin ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada Jabatan Kimia, proses pengecaman ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada cebisan mayat (human remains) yang dilaksanakan di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. 

"Kita mengambil human remains ini ada yang tinggal badan, ada yang kepala sahaja, ada yang cebisan mengikut unit forensik. Ada lebih kurang 200 cebisan jadi ia memakan masa untuk ambil dan memadankan DNA hingga hari Isnin," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik HTAR hari ini.

Justeru, beliau menasihati para waris untuk tidak lagi menunggu di pekarangan Jabatan Forensik itu dan pihaknya akan menghubungi mereka jika segala urusan selesai.

“Keluarga tidak perlu tunggu di sini, nanti sakit pula kerana cuaca panas. Pihak kita dan hospital akan telefon beritahu apabila sudah selesai, jadi boleh datang untuk tengok dan sebagainya atau nak sembahyangkan, insya-Allah kita akan uruskan,” katanya.

Selain itu, Razarudin berkata polis akan menyediakan khidmat pengiring dari sempadan ke sempadan bagi memudahkan pengurusan jenazah mangsa yang akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

"Dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, kita telah berbincang tadi mereka akan permudahkan semua urusan daripada mandi, solat dan kereta jenazah pun telah disediakan sebanyak 10 buah, pihak polis akan sediakan pengiring border to border daripada pihak trafik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Razarudin memaklumkan laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah GCE dibuka bermula 3 petang ini selepas pembersihan sisa pesawat di atas jalan raya selesai.

Nahas pesawat itu mengakibatkan 10 individu maut.

Lapan yang meninggal dunia terdiri daripada enam penumpang dan dua juruterbang pesawat ringan itu, manakala dua lagi ialah orang awam, masing-masing merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berada di kawasan nahas.

Ketika kejadian, pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat di lapangan terbang pada 2.48 petang. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad