web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 90 Peratus Kes Buli, Gangguan Seksual Selesai Dalam Tempoh 15 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 12:40PM

Kementerian Pendidikan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 90 peratus kes aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan telah diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada KPM berdasarkan Prosedur Operasi Standard ditetapkan iaitu pada kadar 1:3:7 hari.

"KPM sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan di bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan," menurut kenyataan itu.

KPM juga sedang memuktamadkan garis panduan menangani isu buli dan gangguan seksual dan Peraturan Disiplin Murid yang baharu dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

Menurut KPM, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam surat siaran kementerian, surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan.

Antaranya kempen kesedaran mengenai kesan buli dan gangguan seksual terhadap mangsa di media, program pendidikan mengenai bahaya buli dan gangguan seksual dilaksanakan secara bersepadu melibatkan aspek kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah, dan amalan sekolah penyayang, menurut kenyataan itu.

“Turut dilaksanakan ialah intervensi kepada mangsa buli serta kerjasama strategik dengan semua pihak terutamanya dengan agensi penguat kuasa bagi memastikan isu buli dan gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih efektif,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPM, terdapat tiga saluran yang boleh digunakan oleh orang ramai termasuk pihak sekolah dan ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual.

Saluran tersebut ialah talian khas Aduan Buli, e-mel [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Maklumat aduan buli dan gangguan seksual boleh diakses melalui Portal Aduan Buli KPM di https://www.moe.gov.my/aduanbuli. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad