web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Api Marak Di Pesawat Padam Dalam Tempoh 6 Minit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 11:25AM

Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin pada sidang media selepas menyambut kepulangan Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi di Mardi Himal, Nepal. - gambar JPBM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Api marak di pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Shah Alam semalam berjaya dipadamkan dalam tempoh enam minit, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata sebuah jentera JBPM yang kebetulan berada di kawasan berdekatan telah bergegas ke lokasi kejadian, dan pihaknya telah berada di lokasi kejadian 10 minit selepas mendapat panggilan pada 2.55 petang.

“Kebetulan sebuah jentera kita dalam perjalanan ke balai selepas melakukan operasi menyelamat orang sesat di lokasi lain dan kebetulan berada berhampiran tempat kejadian dan terus ke situ untuk operasi menyelamat,” katanya dan ia telah memendekkan tempoh respons ke tempat kejadian.

Beliau berkata seramai 53 anggota dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Balai Bomba Kota Anggerik di Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selain bantuan daripada bomba sukarela Saujana Utama.

Ditemui Bernama selepas menyambut kepulangan Ekspedisi Simulasi Menyelamat di Altitud Tinggi di Mardi Himal, Nepal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, Abdul Wahab berkata JBPM memulakan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di jalan dan juga serpihan pesawat pagi ini.

Pada masa sama, katanya usaha mencari cebisan mayat yang berkemungkinan masih berada di bawah serpihan pesawat masih diteruskan.

“Pasukan kami masih berasa di lokasi sejak semalam dan kami akan memulakan kerja pembersihan termasuk minyak yang tumpah di jalan raya dan serpihan pesawat pagi ini,” katanya.

Sepuluh individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Seri Johari Harun terkorban setelah pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang itu terhempas.

Lapan yang maut adalah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad