web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


91 Klinik Daif Siap Dibaik Pulih, Naik Taraf – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 2:33PM

Dr Zaliha Mustafa. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 91 klinik di seluruh negara yang dikategorikan sebagai daif telah siap dibaik pulih sepenuhnya, manakala 341 klinik dijadualkan siap menjelang akhir tahun ini dan empat lagi masih dalam proses perolehan, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kira-kira 1,200 klinik daif disenaraikan untuk kerja baik pulih dan naik taraf yang akan dilaksanakan secara berfasa serta melibatkan peruntukan lebih RM110 juta, dengan perlaksanaan kerja bermula tahun ini di 436 klinik dan lebih 300 klinik pada tahun depan.

 "Senarai klinik daif paling banyak diterima dari Terengganu membabitkan 58 klinik, diikuti Negeri Sembilan iaitu 44 klinik dan masing-masing 42 klinik di Perak dan Pahang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di sini hari ini.

Pada 3 Julai lepas, Majlis Tindakan Malaysia MADANI mengumumkan tumpuan kepada dua projek di bawah inisiatif Ekonomi MADANI iaitu menaik taraf fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai MADANI.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa proses perpindahan kakitangan perubatan yang sedang dilaksanakan ketika ini tidak menjejaskan perkhidmatan di fasiliti KKM terutama di sekitar Lembah Klang.

“Kita sedang melakukan exercise memindahkan petugas kesihatan khususnya di Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan petugas kesihatan di fasiliti kita, jadi di mana kekosongan yang berlaku di Semenanjung ini akan segera dipenuhi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan kita tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita yang mendakwa terdapat pemindahan penempatan untuk kira-kira 1,000 pegawai perubatan di hospital di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, yang dibimbangi akan memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan di Lembah Klang.

Sementara itu, Dr Zaliha memberi jaminan bahawa bekalan ubat dan bukan ubat kepada semua kemudahan KKM tidak terjejas ekoran status syarikat farmaseutikal Pharmaniaga Bhd di bawah Nota Amalan 17 (PN17) ketika ini kerana mengalami masalah kewangan.

Katanya, Pharmaniaga, yang diklasifikasikan di bawah PN17 akhir tahun lepas, ketika ini hanya terlibat dalam pengedaran atau logistik.

"Kita (KKM) ada beberapa cara juga untuk perkhidmatan farmaseutikal ini (termasuk) dengan berurusan terus dengan syarikat-syarikat terlibat, jadi memang tidak memberi kesan terhadap pembelian atau pembekalan ubat,” katanya - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad