web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPP Mekanisme Paling Berkesan Perangi Jenayah Siber - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2023 8:14AM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan komited untuk menjalin lebih banyak perkongsian merentasi sektor awam serta swasta dalam usaha memerangi jenayah siber, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Perkongsian Awam-Swasta atau PPP adalah antara kaedah paling berkesan untuk memerangi jenayah siber kerana ia terbentuk daripada platform sinergi dan neutral di mana pemain industri keselamatan siber serta kerajaan boleh bekerjasama rapat sekali gus memperkasa tindak balas yang lebih pantas terhadap serangan siber. 

“Perkongsian antara kerajaan industri perlu terus berkembang, membina kepercayaan, bersikap terbuka kepada cabaran dan berkongsi data dengan seefektif yang mungkin.

“Kami secara aktif berganding bahu dengan rakan kongsi daripada industri hinggalah kepada ahli akademik untuk memberi amaran serta bertindak balas terhadap insiden dan menawarkan bimbingan serta latihan kepada komuniti kita untuk kekal selamat dalam talian,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Anugerah Keselamatan Siber Malaysia 2023 sempena Ekspo dan Persidangan Pertahanan dan Keselamatan Siber Asia (DSA) 2023 di sini, semalam.

Keselamatan siber akan terus menjadi asas dan prasyarat kritikal untuk kehebatan ekonomi digital Malaysia - gambar hiasan
Keselamatan siber akan terus menjadi asas dan prasyarat kritikal untuk kehebatan ekonomi digital Malaysia - gambar hiasan

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta Pengerusi Lembaga Pengarah CSM Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Fahmi juga berkata keselamatan siber akan terus menjadi asas dan prasyarat kritikal untuk kehebatan ekonomi digital Malaysia.

“Kita mesti menyepadukan keselamatan siber ke dalam fabrik kesemua inovasi ini, memastikan bahawa langkah keselamatan bukanlah sesuatu yang difikirkan kemudian sebaliknya komponen intrinsik reka bentuk dan pelaksanaan.

“Sebagai contoh, setakat Julai tahun ini, CSM (CyberSecurity Malaysia) telah menerima sejumlah 3,327 laporan berkaitan insiden siber dengan kes penipuan mencecah 62 peratus,” katanya.

Bercakap mengenai pembangunan pelancaran rangkaian 5G di Malaysia, Fahmi berkata inisiatif itu telah mencapai 66.8 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat Julai 2023. 

Katanya keadaan semasa menunjukkan bahawa kementerian itu berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 80 peratus rangkaian 5G di CoPA menjelang akhir tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 52 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam