web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barisan EXCO Kerajaan Pulau Pinang Angkat Sumpah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 1:59PM

EXCO Kerajaan Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan hari ini. - gambar Facebook DUN Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Pulau Pinang (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di sini.

Istiadat pelantikan kesemua barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu berlangsung di Dewan Sri Pinang kira-kira pukul 10 pagi.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Prof Dr Mohd Abdul Hamid; ADUN Datok Keramat Jagdeep Singh Deo; ADUN Sungai Acheh Rashidi Zinol; ADUN Tanjong Bungah Zairil Khir Johari; ADUN Paya Terubong Wong Hon Wai; ADUN Sungai Pinang Lim Siew Khim; ADUN Jawi H'ng Mooi Lye; ADUN Padang Lalang Gooi Zi Sen; ADUN Perai Datuk Seri S. Sundarajoo; dan ADUN Pantai Jerejak Fahmi Zainol.

Lapan daripada senarai itu adalah muka baharu yang terdiri daripada Prof Dr Mohd Abdul Hamid, Rashidi Zinol, Wong Hon Wai, Lim Siew Khim, H'ng Mooi Lye, Gooi Zi Sen, S.Sundarajoo dan Fahmi Zainol, manakala dua yang kembali dilantik ialah Jagdeep Singh Deo dan Zairil Khir Johari.

Rashidi Zinol adalah wakil tunggal daripada Barisan Nasional dan Lim Siew Khim pula wakil tunggal wanita.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Sabtu lepas gabungan PH-BN memenangi 29 kerusi manakala PN menang 11 kerusi, dan ia disusuli dengan Majlis Angkat Sumpah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri.

Dalam satu sidang media, Chow mengumumkan beliau akan memegang portfolio Kewangan, Pembangunan Ekonomi dan Tanah dan Komunikasi; manakala Timbalan Ketua Menteri 1 Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid bertanggungjawab ke atas portfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat; dan Timbalan Ketua Menteri 2 Jagdeep Singh Deo memegang portfolio Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi.

Rashidi Zainol dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar; Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital; dan Wong Hon Wai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif.

Sementara itu Lim Siew Khim, wakil tunggal wanita, dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam; H'ng Mooi Lye sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa; dan Gooi Zi Sen sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan.

Seterusnya Datuk Seri S. Sundarajoo dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar; dan Fahmi Zainol sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi.

"Pelantikan semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri ini telah mendapat restu dari kepimpinan pusat parti, dan kita juga akan mencadangkan supaya jawatan Timbalan Speaker DUN diperuntukkan kepada wakil daripada parti Amanah," kata Chow. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar