web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Idrus, Azam Didesak Letak Jawatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 9:03AM

Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal mendesak Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun dan Ketua Pesuruhjaya Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

Desakan itu dibuat susulan pengguguran kes pendakwaan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diputuskan Mahkamah Tinggi semalam.

Beliau berkata, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan yang dibuat ke atas Muhyiddn suatu yang tidak berasas dan berniat bagi mencemar nama baik pemimpin parti itu.

"Keputusan hari ini membuktikan bahawa segala dakwaan dan tohmahan jahat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu adalah suatu fitnah.

“Bagaimanapun saya amat bersyukur pada hari ini, kebenaran telah terbukti dan ditegakkan.

"Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari ini, Armada Bersatu Malaysia (ARMADA) mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun meletakkan jawatan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan media di Facebook semalam.

Wan Ahmad Fayhsal turut menggesa segala pertuduhan membabitkan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) digugurkan kerana ia berkaitan dengan pendakwaan yang baru digugurkan mahkamah semalam.

Beliau berkata, ia berikutan kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, menyebabkan pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.

"Hari ini (semalam) Mahkamah Tinggi KL memutuskan bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM adalah cacat, tidak mendedahkan sebarang kesalahan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

"Atas sebab itu, Mahkamah melepaskan dan membebaskan Muhyiddin dari kesemua pertuduhan yang dikatakan perbuatan rasuah salah guna kuasa.

"Oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan maka tiga pertuduhan AMLA juga tidak boleh berdiri secara sendiri dan harus juga dibatalkan," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi pandangan yang sama berhubung kes membabitkan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau berkata, kejayaan yang diumumkan Mahkamah Tinggi semalam membuktikan adanya niat jahat untuk mencemarkan imej Muhyiddin supaya rakyat menolak PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

"Tapi apa yang berlaku dalam PRN adalah sebaliknya. PN telah menang besar di Terengganu, Kelantan, Kedah dengan jumlah (undi) yang signifikan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

"PN bertegas dari awal bahawa sekiranya kerajaan berpegang kepada prinsip rule of law, Muhyiddin tidak akan dituduh dalam Mahkamah.

"PN yakin bahawa Muhyiddin tidak pernah terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan dalam akaun Facebook.

Mohamed Azmin berkata, Muhyiddin malah seorang yang tuntas menentang amalan rasuah termasuk menentang skandal kewangan terbesar 1MDB ketika beliau masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini sehingga dipecat.

Pada Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan iaitu empat membabitkan kesalahan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden BERSATU menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada Bukhary Equity Sdn Bhd, syarikat Nepturis Sdn Bhd, syarikat Mamfor Sdn Bhd dan Azman Yusoff.

Muhyiddin juga didakwa sebagai Presiden BERSATU menerima wang RM120 juta dan RM75 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti.

Semua empat kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021 manakala bagi kesalahan AMLA ia didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Februari 2021 hingga 8 Julai 2022.

Muhyiddin kemudian didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik partinya.

Ia didakwa dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 7 Januari 2022. – Getaran, 16 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar