web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Starlink Beri Sinar Baharu Bagi Orang Asli Di Hulu Kemensah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 9:15PM

Anak-anak Orang Asli suku Temuan menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari sosial media dengan menggunakan kesetiaan tanpa wayar (Wireless Fidelity; WiFi) daripada unit peranti Starlink ketika tinjauan di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat Kampung Orang Asli suku Temuan Hulu Kemensah kini memperoleh sinar baharu dengan kehadiran capaian internet yang membolehkan anak-anak mereka belajar, pandang ke hadapan dengan fikiran yang lebih terbuka dan berpeluang menyumbang khidmat bakti kepada keluarga bila dewasa nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Orang Asli Hulu Kemensah, Jamil Atong, berkata meskipun unit peranti satelit Starlink sudah dipasang empat hari lalu, beliau bersyukur dengan kemudahan yang diberikan kerajaan itu di mana pelbagai perancangan dibuat untuk menaik taraf kehidupan Orang Asli suku Temuan itu.

“.. Seperti macam dunia baharu, terasa seperti baru merentasi tahun 2023 dengan pencapaian internet dan bukannya tahun 1960-an. Kini anak-anak boleh belajar secara dalam talian meskipun serba kekurangan gajet dan ketiadaan komputer,” katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Meskipun masih belum ada orang kampung yang bergiat dalam perniagaan dalam talian, perancangan pemulihan ekonomi setempat giat dilakukan. 

“Kami sedang mencari produk kita dan kerjasama dengan orang kampung. Produk-produk yang kami cadang (untuk dipasarkan secara dlam talian) terdiri daripada hasil-hasil hutan seperti herba-herba, durian hutan, halia, cili bara dan produk buluh yang bermusim serta kraf tangan,” katanya.

Jamil serta penduduk terutamanya golongan dewasa gembira dengan inisiatif kerajaan serta memohon untuk peranti satelit Starlink kedua di sana kerana ruang lingkup hanya meliputi dewan balai raya sahaja dan jika boleh hendak meliputi kawasan perumahan yang didiami 135 orang penduduk yang tergolong daripada 35 keluarga di situ.

Pada 11 Ogos lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Facebooknya, berkata kawasan berkenaan merupakan perkampungan Orang Asli pertama dipilih untuk pemasangan Starlink sekali gus menjadikannya lokasi kedua selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lepas. 

Dalam hantaran itu, beliau berkata kualiti internet sedia ada di kampung Orang Asli berkenaan sangat teruk, malah hampir tiada di perkampungan itu.

Fahmi berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuat kajian tambahan bagi penyelesaian jangka panjang termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.

Sabri  Ahang, 49, berkata ketika sambutan Aidilfitri, permintaan untuk buluh adalah tinggi tetapi masalah timbul apabila pembeli sukar untuk berkomunikasi dengan mereka kerana tiada liputan internet. 

“Sekarang kita hanya pergi ke dewan (balai raya) sahaja dan boleh dapat tahu sama ada pembeli mencari kami ataupun tidak. Kerajaan telah memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli dengan menaja peranti satelit Starlink selama setahun sahaja.

“Jika boleh kami mohon agar penajaan ini berpanjangan memandangkan pendapatan yang tidak banyak dan tidak menentu, hanya bergantung harap pada kerja kampung dan hasil tanaman hutan serta masih dibelenggu dengan pemulihan pasca COVID-19,” katanya.

Mazlan Ambo, 37, berkata dengan pencapaian komunikasi, segala bentuk kecemasan boleh ditangani dengan keupayaan menelefon pihak hospital, bomba mahupun polis.

“Apa yang kita nak adalah anak-anak masyarakat Orang Asli terbuka fikirannya dan boleh pandang ke hadapan dengan belajar secara dalam talian dan berada setempat dan tak perlu keluar untuk mendapatkan informasi,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Starlink Yang Terbaik Setakat Ini, Tiada Pilihan Lain - Dr Zulkifli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

9 Lokasi Di Sabah Dipasang Starlink Januari Tahun Depan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Operasi Starlink Di Malaysia Selaras Kerangka Antarabangsa - MCMC

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Tiada Laporan Kesalahan Berkaitan 3R Diterima Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad