web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Berangkat Ziarah Sultan Selangor Di London

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 6:57PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menjalani rawatan di London. - gambar Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan berangkat menziarahi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang kini berada di London, United Kingdom.

Istana Negara melalui satu hantaran di akaun Facebook memaklumkan Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama Sultan Selangor yang menjalani rawatan di sana, dalam kunjungan semalam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berada di London sejak 28 Julai lalu untuk menjalani rawatan serta pembedahan Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP).

“Yang di-Pertuan Agong mendoakan agar Sultan Sharafuddin dikurniakan kesembuhan segera dan kesejahteraan serta keafiatan yang berpanjangan,” menurut hantaran itu.

Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat pulang ke tanah air pada 15 Ogos ini. 

Ketika ini Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berada di London bagi lawatan khas hingga 15 Ogos ini.

Sementara itu, melalui akaun Facebook Selangor Royal Office, turut memakumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah selamat menjalani rawatan berkenaan beberapa hari lalu.

“Alhamdulillah, DYMM Sultan Selangor telah pun selamat menjalani rawatan dan pembedahan (surgery) Holmium Laser Enucleation of the Prostate (HoLEP) di sebuah hospital di London beberapa hari lalu,” katanya.

Hantaran berkenaan turut mendapat komen daripada rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan baginda. – Getaran, 13 Ogos 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad