web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemasangan CCTV Dipertimbang Jadi Syarat Wajib Perbaharui Lesen Taska

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2023 6:43PM

Kerajaan berkemungkinan wajibkan syarat pemasangan CCTV di premis taska untuk pembaharui lesen. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMATAN  - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  (KPWKM) sedang mempertimbangkan untuk menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar yang perlu dilakukan setiap lima tahun.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska meskipun kerajaan sebelum ini sudahpun mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

“Bagaimanapun, ada juga di antara mereka (pengusaha taska) yang tidak memasangnya walaupun sudah diminta supaya patuhi syarat itu. Jadi kami sedang berbincang untuk ambil tindakan dengan tidak memperbaharui lesen taska yang tidak memasang CCTV,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penangguhan Pesta Sematan di sini, hari ini.

Menurutnya, perbincangan berhubung perkara itu akan dilakukan melibatkan agensi, jabatan dan pemain industri yang terlibat esok (Isnin).

“Kos untuk pemasangan CCTV tidak sepatutnya menjadi isu kerana CCTV sekarang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, kami nak mendengar maklum balas dan bagaimana kami akan perhalusi perkara ini, sebelum kami teruskan pelaksanaannya,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy berkata langkah untuk menutup taska yang terlibat dengan kes penderaan perlu diteliti secara mendalam kerana ia akan turut memberi kesan kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke taska terbabit.

“Kita akan memberi beban kepada ibu bapa (lain) jadi kita tidak boleh tutup begitu sahaja hanya kerana satu kes itu,” katanya.

Pada Jumaat, menteri itu berkata KPWKM merancang untuk menguatkuasakan undang-undang CCTV di setiap premis taska berdaftar bagi menangani isu penderaan kanak-kanak.

Katanya dalam enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan sejumlah 3,767 kes melibatkan kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.

Mengenai Pesta Sematan 2023, Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata pesta berkenaan mampu menjadikan pekan terakhir yang terletak di penghujung sebelah barat Borneo itu sebagai destinasi tarikan pelancong.

"Kawasan ini mempunyai banyak tempat menarik dan pelbagai acara yang diadakan sempena pesta ini seperti perlumbaan basikal pastinya menarik peserta dari luar Sarawak sekali gus menyumbang kepada industri pelancongan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar