Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Unit Starlink Kedua Dipasang Di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Aug 2023 2:46PM

Pemasangan Starlink kedua dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah. - gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Unit peranti satelit Starlink kedua telah dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah dekat sini pagi ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kawasan berkenaan merupakan kampung Orang Asli pertama dipilih untuk pemasangan Starlink sekali gus menjadikannya lokasi kedua selepas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, bulan lepas.

Dalam hantaran itu, beliau berkata kualiti Internet sedia ada di kampung Orang Asli berkenaan sangat teruk, malah hampir tiada walaupun terdapat 135 penduduk tinggal di kawasan tersebut.

"Matlamat saya masih sama iaitu memastikan baki tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih tiada Internet diberi keutamaan," katanya dalam hantaran itu.

Pada masa ini kira-kira 97 peratus kawasan berpenduduk telah mempunyai akses Internet.

Dalam hantaran itu, Fahmi berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia membuat kajian tambahan bagi penyelesaian jangka panjang termasuk pembinaan menara dan pemasangan gentian optik.

"Semoga perkhidmatan Internet ini memberi sinar baharu kepada penduduk setempat," katanya.

Fahmi Fadzil ketika melihat capaian internet di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah pagi tadi. Unit peranti Starlink kedua dipasang di kampung berkenaan. pagi tadi. - gambar Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil ketika melihat capaian internet di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah pagi tadi. Unit peranti Starlink kedua dipasang di kampung berkenaan. pagi tadi. - gambar Facebook Fahmi Fadzil

Pada 15 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bercadang menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi untuk menaik taraf kemudahan capaian Internet supaya lebih meluas dan pantas di kampus bagi memudahkan proses pembelajaran.

Anwar berkata perkara itu tercetus hasil persidangan video secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX Elon Musk baru-baru ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

2

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

3

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

4

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

5

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

6

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

Semasa 1 hari yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak