web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Diingatkan Bersifat Berkecuali Laksana Tugas Ketika PRN, PRK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 2:08PM

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed (kiri) ketika melawat dan menghadiri taklimat akhir persediaan akhir Pusat Semakan Peti Undi di Semarak Hall Cyberjaya. - gambar Jabatan Perkhidmatan Awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Penjawat awam yang bertugas di pusat pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok diingatkan agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan dedikasi tanpa terlibat secara langsung dalam urusan menyokong mana-mana pihak.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata beliau sentiasa menekankan penjawat awam adalah non-partisan iaitu tidak terlibat secara langsung dalam urusan menyokong mana-mana pihak.

“Laksanakan tugas atas tanggungjawab sebagai penjawat awam secara neutral dan bersifat berkecuali. Insya-Allah penjawat awam yang terlibat dalam urusan PRN ini dapat dilaksanakan dengan baik dan jelas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan menghadiri taklimat persediaan akhir Pusat Semakan Peti Undi di Semarak Hall Cyberjaya yang juga akan menjadi pusat penjumlahan rasmi undi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh, Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

Zulkapli berkata komitmen yang diberikan SPR dan penjawat awam akan memastikan PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.

Terdapat tiga DUN di Parlimen Sepang iaitu Tanjong Sepat yang mempunyai 32,312 pengundi, Dengkil sebanyak 93,931 pengundi dan Sungai Pelek sebanyak 47,335 pengundi.

Esok, 12 Ogos adalah hari pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan. Turut diadakan serentak adalah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad