web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Luar China Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2023 10:04AM

Wang Yi . - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Luar China Wang Yi akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata lawatan keenam Wang ke negara ini selaku Menteri Luar akan memberi peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

“Lawatan ini juga akan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, merangkumi pelbagai bidang kerjasama untuk manfaat bersama,” menurut kenyataan itu.

Wang yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar akan mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik pada tahun depan, menandakan persahabatan yang telah lama terjalin dan kerjasama mantap dalam pelbagai sektor.

Menurut Wisma Putra selama lebih sedekad, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan tahun lepas bernilai RM487.13 bilion (US$110.62 bilion), meningkat 15.6 peratus berbanding 2021.  - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar