web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perunding Acara Didakwa Hendap, Ganggu Jurugambar Wanita Melalui Twitter

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2023 2:22PM

Perunding pengurusan acara, Mohamad Safiq Rosli didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap dengan menghantar gangguan berulang terhadap seorang jurugambar wanita melalui tiga komunikasi di akaun Twitternya, bulan lepas. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang perunding pengurusan acara sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghendap dengan menghantar gangguan berulang terhadap seorang jurugambar wanita melalui tiga komunikasi di akaun Twitternya, bulan lepas.

Mohamad Safiq Rosli, 37, yang merupakan individu pertama didakwa atas kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

"Tidak mengaku, minta bicara," katanya dalam keadaan tenang.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melalui aplikasi Twitter atas nama akaun “@sopert99” telah secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, dengan menghantar tiga komunikasi berbentuk luahan perasaannya di akaun Twitter milik mangsa “@ShaFoShizzle” yang telah dibaca di sebuah rumah di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1.40 pagi, 15 Julai dan 5.58 petang, 21 Julai lalu yang mendatangkan ketakutan kepada mangsa.

Tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan boleh dihukum di bawah Seksyen 507A(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh mengambil kira faktor tertuduh sebelum ini telah melanggar syarat jaminan polis bagi kes dihadapinya membabitkan mangsa yang sama di United Kingdom (UK).

“Tertuduh sepatutnya hadir ke mahkamah di negara itu untuk memberi penjelasan atas pelanggaran jaminannya pada 2 Jun lalu, namun dia bertindak melarikan diri ke Malaysia menyebabkan namanya telah disenarai hitam di UK.

“Saya juga diarahkan untuk menghantar tertuduh ke Unit Forensik Psikiatri di Hospital Ulu Kinta untuk pemerhatian. Sebelum ini, tertuduh sudah dihantar oleh keluarganya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan pihak hospital juga telah memberikan laporan perubatan tertuduh hari ini,” katanya.

Selain itu, katanya tertuduh juga sudah ditempatkan di wad psikiatri di HKL sejak 17 Julai sehingga kini.

Peguam Fithril Hakim Ab Jalil yang mewakili Mohamad Safiq tidak membantah permohonan pendakwaan yang tidak menawarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, peguam pemerhati Jason Wee yang hadir bagi pihak Acacia Mardiana memohon satu perintah perlindungan terhadap anak guamnya bagi mengelakkan gangguan berulang daripada tertuduh.

“Perintah ini harus diberikan kepada anak guam saya untuk mengelakkan gangguan seterusnya kerana melibatkan soal keselamatan. Tertuduh terbang ke UK untuk meneruskan perbuatan itu terhadap mangsa yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, peguam itu berharap tertuduh dapat ditahan agar tidak dapat menghampiri mangsa dan tidak berkomunikasi dengan apa-apa cara dengan mangsa sehingga kes itu selesai.

Sasha Diana membenarkan permohonan pendakwaan untuk merujuk tertuduh ke Hospital Ulu Kinta dan akan menetapkan jumlah jaminan selepas selesai pemerhatian di hospital tersebut.

Mahkamah juga membenarkan permohonan perintah perlindungan diberikan kepada mangsa dan menetapkan 7 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini, seorang jurugambar Acacia Mardiana mendedahkan dirinya hidup dalam ketakutan selama lapan tahun gara-gara sering diganggu secara seksual seorang lelaki di media sosial.

Pendedahan itu juga menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang menggesa Acacia Mardiana untuk menyerahkan bukti termasuk laporan polis dan tangkap layar ke e-mel rasmi kerajaan untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad