web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Kerja Sambilan Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 3:23PM

Warga tempatan dan Indonesia disasarkan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud dalam serbuan di dua kondominium di bandar raya ini, Isnin lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata serbuan pada 8 malam itu menahan empat lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 20-an.

“Hasil pemeriksaan menjumpai 45 kad ATM pelbagai bank, 21 telefon bimbit pelbagai jenama, tiga kenderaan, tiga komputer serta dua modem dan router Wi-Fi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket tersebut beroperasi sebagai ‘pusat panggilan’ yang menjalankan kegiatan mengawal akaun bank dan membuat pemindahan wang.

“Modus operasi sindiket adalah kononnya menyediakan kerja sambilan menerusi YouTube dengan hanya ‘Like’ (meletakkan tanda suka) and ‘Share’ (kongsi) ke akaun yang ditetapkan dalam satu kumpulan Telegram.

“Golongan sasaran adalah dalam kalangan rakyat tempatan dan Indonesia. Sindiket ini dipercayai aktif sejak Jun lepas dengan kerugian dianggar berjumlah RM1.8 juta” katanya.

Menurut Mancha kesemua suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 22 jam yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran