web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tokoh Qariah Datuk Rogayah Sulong Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2023 11:35AM

Ucapan takziah kepada Allahyarhamah Datuk Rogayah Sulong yang dimuatnaik JAKIM di akaun Facebook. - gambar Facebook JAKIM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Tokoh qariah negara Datuk Rogayah Sulong, 81, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, awal pagi tadi.

Cucu saudaranya Mohd Faizal Hassan, 39, berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 8.17 pagi tadi selepas tiga hari menerima rawatan di hospital berkenaan.

Rogayah bergelar johan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan sebanyak tujuh kali dan johan Musabaqah Al-Quran antarabangsa sebanyak empat kali sekitar 1960-an dan 1970-an 

“Allahyarham pernah menerima anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah pada 2012,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, katanya, usaha Rogayah mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul serta berlagu telah mendapat pengiktirafan kerajaan negeri sehingga beliau dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu pada 2010.

Mohd Faizal berkata Rogayah pada hujung usianya tetap aktif mengajar al-Quran.

“Allahyarham yang mendirikan rumahtangga dengan Allahyarham Megat Othman Megat Chik tiada anak, jadi ibu saya yang merupakan salah seorang anak saudaranya, dipelihara oleh arwah sejak kecil,” katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan selepas zuhur di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Tuan Muda dekat sini. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad