web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BSH RM300 Dipanjangkan Bagi Veteran Tidak Berpencen Pada Umur 60 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 9:07PM

Tan Sri Mohd Zuki Ali. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan akan dipanjangkan bagi Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun berbanding sebelum ini yang hanya dinikmati pada umur 80 tahun, berkuat kuasa September ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata cadangan pemanjangan BSH bagi Veteran Tidak Berpencen pada umur 60 tahun itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan Perdana Menteri  Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

"Pemanjangan BSH ini akan memberi faedah kepada seramai 41,970 Veteran Tidak Berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini, yang menurutnya pemanjangan BSH itu adalah kesinambungan keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 kepada pesara kerajaan semasa pembentangan Ekonomi MADANI yang akan dibayar Khamis ini (10 Ogos).

Untuk tahun 2023, katanya penjawat awam juga telah menikmati Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 sejak Januari 2023 serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 dan Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak RM700 pada awal tahun ini.

Mohd Zuki berkata JKK-PPA hari ini membincangkan perkara yang melibatkan perkhidmatan awam berkaitan penambahbaikan dan kebajikan anggota penjawat awam terutamanya status kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam.

Beliau berkata kajian Skim Saraan Perkhidmatan Awam akan melihat secara keseluruhan aspek perkhidmatan penjawat awam meliputi aspek saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam.

"Untuk permulaan, kajian ini akan memberi penekanan kepada kemampanan saraan penjawat awam bagi memastikan upah, gaji dan elaun adalah setimpal dengan tanggungjawab serta seiring dengan peningkatan kos sara hidup," katanya.

Mohd Zuki berkata sementara kajian itu diteliti, kerajaan komited untuk membuat penambahbaikan termasuk elemen kemudahan elaun untuk dijadikan sebahagian daripada Belanjawan MADANI yang akan dibentangkan pada Oktober 2023.

Kali terakhir semakan Skim Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan adalah pada 2001 dan penambahbaikan gaji tidak dibuat sejak 2013, katanya.

Pada 1 Mei lepas, Anwar semasa Perhimpunan Hari Pekerja 2023. mengumumkan untuk membuat semakan semula Skim Saraan Perkhidmatan Awam. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad