web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjenayah Cuba Langgar Polis, 9 Das Tembakan Dilepaskan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 6:53PM

Insiden tembakan membabitkan dua suspek lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan apabila diarahkan polis. - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Polis terpaksa melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah kereta jenis Proton Wira dinaiki dua lelaki selepas mereka enggan memberhentikan kenderaan apabila diarah berbuat demikian oleh anggota Unit Rondaan Bermotor (URB) di Jalan Kepong di sini pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian pada kira-kira 7.45 pagi itu, anggota URB telah mengesan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki bersama rakannya dalam keadaan mencurigakan di Taman Pusat Kepong di sini sebelum diarah berhenti.

"Bagaimanapun, suspek bertindak memecut kereta itu sehingga melanggar kenderaan awam...  malah suspek juga mengundurkan kereta yang dipandu serta melanggar anggota URB menyebabkan anggota polis terlibat cedera di kaki dan motosikalnya mengalami kerosakan.

"Bagi mempertahankan keselamatan, dua anggota terbabit terpaksa melepaskan sembilan das tembakan ke arah tayar kereta suspek dan menyebabkan kenderaan itu terbabas di Jalan Rimbunan, Jalan Kepong," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menemukan besi buruk yang dipercayai dicuri.

Mohd Shuhaily berkata semakan nombor pendaftaran kenderaan mendapati ia milik seorang wanita dan siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti hubungannya dengan kedua-dua suspek.

Beliau berkata susulan kejadian itu, polis kini giat mengesan  O. Ganesan, 40, bagi membantu siasatan. 

Katanya Ganesan didapati memiliki tiga rekod jenayah dan lapan rekod kes dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 353 kanun sama kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam yang menjalankan kewajipan sah di sisi undang-undang," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 13 saat yang memaparkan anggota URB mengejar dan melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta sehingga menyebabkan kenderaan lain berhenti di tepi jalan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar