web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Feri Baharu Pulau Pinang Beroperasi Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 12:39PM

Feri Teluk Kumbar antara empat feri baharu yang beropersi dari Pangkalan Raja Tun Uda dan Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang. - gambar Facebook Penang Fanss

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN -- Perkhidmatan feri baharu dari Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini ke Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) yang dinanti-nantikan oleh warga Pulau Pinang dan pelancong, mula beroperasi sepenuhnya hari ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata terdapat empat feri baharu yang dinamakan Teluk Bahang, Teluk Kampi, Teluk Duyung dan Teluk Kumbar beroperasi melakukan 68 perjalanan dua hala sehari dengan kekerapan setiap 20 minit pada waktu puncak manakala 30 minit pada waktu bukan puncak.

Beliau turut memaklumkan kedua-dua terminal juga dinaik taraf untuk memberikan keselesaan kepada penumpang ketika menunggu ketibaan feri, dengan kelengkapan ruang menunggu berhawa dingin, kamera keselamatan serta kemudahan lif bagi Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Bercakap daripada pengalaman, saya percaya semua penumpang feri pada masa dahulu, satu isu adalah masa untuk menunggu dalam keadaan yang kurang selesa, tetapi mulai hari ini kita menyaksikan satu perubahan yang ketara,” katanya kepada media selepas pelancaran feri baru di PRTU hari ini.

Beliau berkata pengguna feri juga dapat menikmati perkhidmatan feri secara percuma mulai hari ini sehingga 7 Sept dengan membawa seramai 150 penumpang serta 50 motosikal dalam satu masa.

Selain itu, Chow berkata pihaknya akan meneliti penggunaan teksi air untuk menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Prai dengan lebih pantas kerana mempunyai persisiran pantai yang panjang.

“Jadi pihak kerajaan negeri akan beri kerjasama dan mahu menjadi satu pemegang taruh yang penting bersama Menteri Pengangkutan dalam meneroka pengangkutan awam atas laut dengan lebih luas dan efisien,” katanya.

Bekas guru, Utam Singh, 75, ketika ditemui di sini berkata walaupun telah berpindah di Kulim, Kedah, beliau tidak mahu terlepas daripada merasai perkhidmatan feri baharu yang menurutnya lebih canggih berbanding feri-feri sebelum ini.

“Saya amat tertarik dengan feri Pulau Pinang sejak tahun 50-an, dari Pulau Pinang ke stesen keretapi Prai, kemudian muncul generasi baharu, dan saya rasa perkhidmatannya semakin selesa, bertambah pantas berbanding sebelum ini.

Pembantu Kesihatan Hospital, Mohd Fairul Nizan Misni, 30, pula berkata penggunaan feri lebih menjamin keselamatan, kerana beliau sering berulang-alik antara Padang Serai dan Hospital Pulau Pinang yang mengambil masa 50 minit perjalanan.

“Kadang kala dari Padang Serai, masa perjalanan yang jauh, jadi bila ada atas feri ini kita dapat rehat sedikit lebih-lebih lagi bila mengantuk. Selain itu, kesesakan di atas jambatan juga boleh membahayakan keselamatan dengan ada angin yang kuat lagi,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam