web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Selangor Penting Teruskan Momentum Eksport Negara – Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 4:13PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz . - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM — Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia serta menjadi hab kepada sektor pembuatan merentasi pelbagai industri, sekali gus menjadikannya negeri yang penting dalam meneruskan momentum eksport negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini (Separuh Pertama 2023), Selangor mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak 14.2 peratus kepada RM806.3 bilion berbanding RM706.02 bilion pada tahun lepas.

Eksport meningkat 9.1 peratus tahun-ke-tahun kepada RM360.04 peratus pada Separuh Pertama 2023, berbanding 36.6 peratus kepada RM330.1 bilion pada 2022, katanya.

“Untuk menjana pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan perdagangan kedua-duanya memainkan peranan penting.

“Selangor telah menunjukkan prestasi yang tinggi pada (Separuh Pertama 2023) dengan momentum (meningkat) yang berterusan dari 2021 hingga Jun 2023,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Hari Terbuka MITI Selangor 2023, disini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Zafrul berkata semenjak 50 tahun lepas, Selangor telah membangun sebagai hab kepada sektor pembuatan merentasi pelbagai industri seperti automotif, elektrik dan elektronik, perkhidmatan logistik, industri aeroangkasa dan farmaseutikal.

“Hasilnya, terbina ekosistem rantaian nilai yang matang yang telah membantu pertumbuhan banyak syarikat tempatan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Dengan limpahan ekonomi memberangsangkan, terbangunnya bandar-bandar baharu di koridor selatan Selangor seperti Serenia City, Gamuda Cove, Setia Alam Sari, Serene Heights dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau yakin Selangor akan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada tahun ini dengan jumlah sumbangan melepasi 25.5 peratus yang direkodkan pada 2022.

Beliau berkata sebagai sebuah negeri yang memiliki asas yang kukuh, ia sememangnya memberikan kelebihan kepada Selangor dalam aktiviti pembangunan ekonomi berbanding dengan negeri-negeri yang lain.

“Setiap tahun kita menunjukkan peningkatan, tapi saya percaya dengan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan yang bukan hanya tertumpu kepada Lembah Klang dan menumpukan kepada beberapa kawasan lain, akan memberi saingan kepada Selangor.

“Tetapi buat masa sekarang dengan beberapa asas yang ada, beberapa buah negeri lain memerlukan masa kerana pelaburan yang datang dan rangka kerja ekonomi (yang dibina) bukanlah kerja setahun.

“Saya percaya Selangor akan kekal menjadi penyumbang ekonomi yang terbesar, paling kurang dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya pada sidang media yang sama.

Amirudin berkata sekiranya kerangka pelan pembangunan lima tahun Selangor 'Lima Tekad' memperoleh mandat untuk diteruskan selepas Pilihanraya Negeri yang akan diadakan minggu hadapan, Selangor dilihat mampu untuk terus menjadi penumbang terbesar KDNK negara bagi tempoh lima hingga 10 tahun.

Beliau berkata jarak sumbangan antara Selangor dan penyumbang kedua terbesar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah terlalu jauh, sekali gus meletakkan Selangor di posisi selesa sebagai penyumbang terbesar.

“Sektor penting di Selangor ada dua iaitu pembuatan sebanyak 30 peratus dan pembuatan 60 peratus. Kalau boleh, kita ingin matangkan lagi sektor pembuatan dan perkhidmatan ini,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 17 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran