web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPN Perhebat Program Mekar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 3:18PM

Program Mekar diperhebat untuk bantu rakyat di pedalaman, kurang berkemampuan berurusan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JASIN  -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil langkah berterusan dengan memperhebat Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di seluruh negara menerusi pelaksanaan 80 hingga 130 program turun padang di bawah inisiatif itu pada setiap bulan.

Ketua Pengarah JPN Zamri Misman berkata usaha itu bagi memastikan golongan sasaran terutamanya individu di kawasan pedalaman dan mereka yang tidak berkeupayaan seperti sakit terlantar, melakukan urusan mendafar atau memperbaharui kad pengenalan, sijil kelahiran dan kematian.

"Mekar ialah program turun padang JPN untuk permohonan dokumen berkaitan kepada golongan yang layak tetapi sukar untuk hadir ke pejabat JPN dan ia merupakan pendekatan proaktif bagi memastikan setiap penduduk di negara ini yang berkelayakan memohon dan mendapatkan pengenalan diri yang sah.

"Program ini juga turut memberi tumpuan terhadap golongan Orang Asli dengan lebih 50 program telah dilaksanakan khususnya di Kelantan, Pahang dan Perak dan pihak kita melihat kesedaran mereka tentang kepentingan pendaftaran kad pengenalan diri juga semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada program Mekar bersama Komuniti Orang Asli Kampung Gapam Baru yang disempurnakan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan dan hadir sama Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka Shahrani Idderis.

Mengulas lanjut, Zamri berkata untuk rekod sepanjang Januari hingga Julai tahun ini, sebanyak 50 gantian MyKad bagi masyarakat Orang Asli melalui Program Mekar JPN Melaka telah diterima dan diserahkan, manakala 11 permohonan melibatkan urusan kelahiran.

Beliau berkata penyerahan Program Mekar di Perkampungan Orang Asli Gapam Baru itu melibatkan 10  penerima sijil kelahiran, 10 penerima MyKad gantian baharu dan seorang penerima istimewa MyKad gantian berusia 75 tahun yang juga menjadi simbolik kepada sambutan Jubli Intan 75 tahun JPN yang akan disambut Oktober ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 29 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad