web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Pupuk Perpaduan Perlu Untuk Tangkis Hasutan – Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 12:53PM

Sultan Nazrin Shah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah usaha untuk memupuk perpaduan semakin diperlukan ketika ini untuk menangkis suara-suara yang cenderung mengapi-apikan perasaan rakyat atas nama bangsa dan agama.

Baginda bertitah suara-suara bernada permusuhan yang jika tidak segera dibendung, berpotensi besar meracuni pemikiran rakyat untuk saling mencurigai sehingga boleh mencetuskan pertelingkahan, perselisihan dan perpecahan.

“Setelah hampir 66 tahun mencapai kemerdekaan, warga (rakyat) jangan dihanyutkan oleh suara-suara bernada permusuhan yang boleh mencetuskan persengketaan, perselisihan dan perpecahan,” titah baginda.

“Negara memerlukan pemimpin yang mengamalkan sifat inklusif, pemimpin yang memiliki azam dan kebijaksanaan, berupaya menganyam elemen yang pelbagai menjadi hamparan yang indah dan kukuh bertaut,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Buku Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Sementara itu dalam titah baginda, Sultan Nazrin turut menyifatkan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai pemimpin berpendirian konsisten mengenai komposisi rakyat di negara ini.

Baginda bertitah Allahyarham juga memegang prinsip akan pentingnya dilaksanakan perimbangan bentuk dan konsep pembinaan sebuah negara bangsa yang warganya hidup secara harmoni, kukuh berpadu dan teguh bersatu, meskipun terdiri daripada pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai budaya dan menganut pelbagai agama.

“Dr Ismail dikenali dengan semangat kebangsaan Melayu yang tulen, namun beliau berulang kali menegaskan bahawa masyarakat Malaysia ialah masyarakat berbilang kaum dengan budaya dan resam masing-masing, dan pentingnya bagi negara ini mempunyai pemimpin yang menuju ke arah mencipta sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dalam kepelbagaian berkenaan.

“Dr Ismail memiliki karakter tepat di luar - tepat di dalam.  Lidahnya bertutur dalam bahasa yang sama meski berhadapan kumpulan yang berbeza.  Apa yang dikata, tetap dikota,” titah baginda.

Pada Rabu lepas, Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj-Tonggak Perpaduan Negara dianjurkan bagi mendidik generasi muda berkenaan sumbangan tokoh itu dalam membangunkan negara di Dataran Merdeka.

Dr Ismail, Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dari 1971 hingga 1973, adalah antara tokoh penting yang menggariskan lima prinsip Rukun Negara ketika Malaysia berhadapan dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Di akhir titah baginda, Sultan Nazrin kelihatan sebak ketika menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penerbitan buku berkenaan.

“Beta zahirkan rasa besar hati kepada hadirin yang meluangkan masa, hadir untuk meraikan Beta dan memeriahkan majlis ini. Segala jasa dan bakti akan kekal abadi dalam memori, sepanjang hayat Beta,” titah baginda.

Sementara itu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa buku Siri Titah II Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ialah kesinambungan daripada buku Siri Titah I Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diterbit dan dilancarkan pada 2021.

DBP selaku penerbit buku berkenaan memberitahu bahawa buku itu mengandung 35 titah Sultan Nazrin antara 6 Feb 2017 hingga 21 Mac 2022 dan disusun dalam empat bahagian iaitu Institusi Raja, Tadbir Urus, Agama; dan Masyarakat dan Budaya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad