web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Pengikut The Ahmadi Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 12:19PM

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT)  di depan kompleks beli-belah Sogo pada 29 Julai lepas, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua lapan suspek berumur 18 hingga 56 tahun itu, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman mereka tamat.

"Mereka dibebaskan Isnin lepas dengan jaminan polis setelah direman sehari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 31 Julai lepas, lapan individu dipercayai ahli “The Ahmadi Religion of Peace and Light” (The Ahmadi) ditahan selepas mengadakan perhimpunan di depan Sogo, dengan memegang plakad menyokong LGBT.

Sementara itu, mengulas tentang program yang julung kali diadakan itu, Mohd Shuhaily berkata ia diadakan bagi mengeratkan hubungan di samping menanamkan gaya hidup sihat dalam diri anggota polis Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak 180 peserta membabitkan 36 pasukan mewakili 10 jabatan di IPK Kuala Lumpur dan enam daerah polis Kuala Lumpur termasuk dua pasukan media terlibat dalam program berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad