web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Martabatkan Bangsa Tidak Harus Jerumus Negara Ke Arah Polarisasi – Agong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 12:11PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah baginda mengingatkan bahawa perjuangan untuk memartabatkan sesuatu bangsa tidak seharusnya menjerumuskan negara ke arah polarisasi sehingga menggugat semangat perpaduan yang didambakan.

Seri Paduka bertitah polirasasi akan wujud apabila kaum-kaum semakin merenggang di antara satu sama lain, sama ada disebabkan oleh perasaan, sikap, tujuan dan cita-cita yang mengakibatkan kurangnya berlaku perhubungan antara pelbagai kaum.

“Polarisasi turut membawa implikasi sosio budaya yang luas dan jika tidak dibendung akan mengundang unsur-unsur radikalisme dan ekstremisme sehingga mewujudkan skala pertentangan yang besar dalam masyarakat,” titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.

Al-Sultan Abdullah mengingatkan apa jua batasan pemisah, jurang perbezaan dan lautan prasangka perlu segera direntasi dalam usaha melahirkan masyarakat masa hadapan yang hidup dengan penuh keharmonian.

Menyentuh mengenai usaha murni UiTM untuk melahirkan anak bangsa Melayu dan Bumiputera yang berpendidikan tinggi, baginda mengingatkan universiti itu untuk tidak alpa dengan kemajmukan dan kerencaman masyarakat negara ini.

Baginda turut menyeru kepada semua universiti serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk turut sama memainkan peranan ke arah mewujudkan semangat akomodasi antara kaum.

“Kita boleh terus memartabatkan nasib dan masa hadapan kaum masing-masing menerusi pendidikan, tetapi pada masa yang sama tidak mengenepikan usaha ke arah pembentukan satu identiti nasional,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong bertitah semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri-ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari dan tanpanya apa juga usaha ke arah membangunkan negara yang maju tidak akan menjadi kenyataan.

Sementara itu baginda bertitah bagi melahirkan modal insan masa hadapan, ia bukan hanya sekadar dilengkapi dengan kemahiran untuk memenuhi pasaran tenaga kerja semata-mata sebaliknya hendaklah diperkasa dengan kemahiran insaniah.

Ia merangkumi prinsip moral terpuji, keunggulan budi pekerti, berperadaban mulia dan memiliki semangat jadi diri serta cintakan negara yang sejati.

“Beta yakin modal insan yang berpendidikan tinggi serta memiliki nilai keperibadian yang mulia adalah merupakan aset yang amat berharga kepada negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda bertitah istiadat konvokesyen ke-97 ini merupakan tugasan terakhir baginda sebagai Canselor UiTM dan baginda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada universiti itu atas segala pengalaman manis dan berharga.

“Amanah besar sebagai Canselor universiti ini selanjutnya akan dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, bermula pada Februari 2024,” titah baginda.

Yang di-Pertuan Agong berharap sepanjang hampir lima tahun yang berlalu, baginda telah dapat menyumbang sedikit sebanyak idea yang bernas ke arah kemajuan universiti keramat itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad