web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jualan Rahmah 2 Kali Sebulan Di Semua DUN Mulai Bulan Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 9:02PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh pada sidang media program penutupan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di Plaza Pavillion Bukit Jalil pada 30 Julai lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program Jualan Rahmah dua kali sebulan di 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, bermula bulan ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata ia berikutan KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.

"Sebelum ini Jualan Rahmah dilaksanakan dua kali sebulan di peringkat Parlimen dan sekali sebulan di peringkat DUN. Dengan penambahan bajet ini, kita akan tingkatkan jualan dua kali sebulan di peringkat DUN pula.

"Peruntukan tambahan ini adalah keperihatinan Perdana Menteri untuk pastikan jualan rahmah terutama model jualan bergerak kedai cari rakyat sampai ke semua pelosok kawasan terutama kawasan B40 dan program perumahan rakyat termiskin (PPRT)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Rahmah Peringkat Negeri Kelantan, di sini hari ini.

Karnival Rahmah yang berlangsung selama dua hari itu memberi peluang kepada pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas harian sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat selain jualan Menu Rahmah membabitkan 100 peniaga.

Fuziah turut menyampaikan 20 Bakul Rahmah iaitu barangan keperluan asas kepada penerima daripada kumpulan B40.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,193 lokasi terlibat dengan Jualan Rahmah di seluruh negara dengan rekod jualan RM50 juta.

Fuziah berkata KPDN menggalakkan lebih ramai pemain industri sama ada pasar raya, pemborong dan peruncit supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

"Bagi Kelantan kita sudah menjalin kerjasama dengan 15 syarikat perniagaan bagi tujuan Jualan Rahmah. KPDN menerima sambutan amat menggalakkan daripada pemain industri termasuk penyertaan restoran makanan segera popular yang menyediakan Menu Rahmah bagi memberi peluang golongan B40 menikmati menu mereka," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

8.1 Τan Makanan Bazar Ramadan Diselamatkan Menerusi Program MySaveFood - Fuziah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Jualan Rahmah Rekod RM178.6 Juta - Fuziah 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Boikot Adalah Hak Pengguna - Fuziah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar