web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM, MOSTI Perlu Cari Pendekatan Tingkatkan Minat Sains Dan Matematik - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 2:52PM

Minat terhadap sains dan matematik dalam kelangan pelajar perlu ditingkatkan. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) perlu mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) hari ini, beliau berkata kajian terbaharu KPM mendapati minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran itu menurun.

"Harus ada pendekatan baharu seperti mendapatkan pandangan ahli Sains dan badan-badan penyelidikan untuk turun padang ke sekolah, politeknik, (institusi kemahiran) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekolah vokasional untuk menambah minat anak-anak, bukan sahaja daripada penceritaan guru-guru tetapi penekanan terhadap kepentingan Sains, Matematik serta Teknologi.

"Saya harap ini dapat dilaksanakan walaupun telah ada permulaan tetapi saya selalu menekankan kalau kita guna kaedah mesyuarat dan penyelarasan seperti biasa, kita akan ketinggalan zaman," kata Anwar.

Beliau berkata kejayaan negara yang mencatat potensi pelaburan baharu perlu seiring dengan sinergi pendidikan dan latihan.

Anwar berkata beliau turut menemui badan induk selain Mesyuarat Majlis Sains Negara serta MIMOS Bhd bagi mencari kaedah untuk memanfaatkan sepenuhnya bidang berkaitan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar.

Menyentuh bidang TVET, beliau berkata latihan melalui sinergi pendidikan dengan syarikat swasta dan badan pendidikan yang lain membolehkan pendapatan lulusan TVET dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya pada kadar RM2,800 hingga RM3,000 sebulan bagi membolehkan mereka hidup selesa, berbanding purata RM2,000 kini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata kerajaan juga menekankan aspek peningkatan kemahiran kepada tenaga pengajar TVET dengan kumpulan itu perlu diberikan latihan untuk memantapkan penyampaian kepada pelajar.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar