web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


119 Tempat Teduh Motosikal Dibina Di Lebuh Raya Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 2:06PM

119 tempat berteduh akan dibina di lebuh raya seluruh negara tahun ini. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA -- Sebanyak 119 tempat berteduh di lebuh raya seluruh negara akan dibina di bawah Inisiatif Bitara MADANI sebagai usaha memudahkan penunggang motosikal berteduh terutama ketika hujan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata pembinaan kemudahan itu merupakan kerjasama antara Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan Lembaga Lebuh Raya (LLM) dan melibatkan 33 syarikat konsesi lebuh raya.

Menurut Nanta 40 daripada 119 tempat berteduh baharu itu dijangka siap tahun ini manakala selebihnya tahun depan dan ia adalah tambahan daripada 353 tempat berteduh sedia ada.

"Ini penting kerana kerap berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal khususnya semasa hujan dan mereka selama ini hanya berteduh di lorong kecemasan dan ini amat berbahaya," katanya pada sidang media selepas melawat tempat berteduh pengguna motosikal di persimpangan Plaza Tol Kota Damansara, Lebuhraya Lembah Klang Baharu (NKVE) di sini hari ini.

Nanta berharap kerjasama KKR dengan LLM dan pihak syarikat lebuh raya berkaitan diteruskan dengan lebih lagi inisiatif baharu pada masa akan datang.

"Kita teruskan bukan sekadar untuk menyediakan kemudahan sebegini malah kita sentiasa mencari idea di mana kita boleh menyediakan kemudahan lain untuk keselesaan dan keselamatan pengguna motosikal lebuh raya.

"Ini kerana pengguna motosikal merupakan kumpulan paling vulnerable (berisiko tinggi mengalami kemalangan)," katanya.

Dalam pada itu, Nanta mengingatkan penunggang motosikal supaya berhati-hati semasa menggunakan lorong kecemasan kerana ia bukan laluan eksklusif untuk mereka, sebaliknya digunakan kenderaan lain yang berhenti atas faktor kecemasan.

"Oleh itu, berhati-hatilah terhadap sebarang halangan di lorong kecemasan, beri tumpuan dalam setiap perjalanan dan berehat di tempat berteduh yang telah disediakan sekiranya perlu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad