web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Bincang Isu REE Ketika Menghadap Sultan Kedah – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2023 1:47PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau bersama ahli perniagaan dari Indonesia menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah namun pertemuan itu sebagai kunjungan hormat.

Beliau berkata pertemuan itu tiada kaitan dengan urusan permohonan untuk mengusahakan aktiviti unsur nadir bumi (REE) di negeri berkenaan seperti yang didakwa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Isunya, curi nadir bumi, jangan alihkan. Menghadap Tuanku, itu jadual Sultan Kedah, jadi saya tak mahu kait. Tak bangkit soal REE… Sultan Kedah panggil saya ada hal-hal lain, termasuk ziarah makam.

“Yang saya nak sebut di sini, isu REE jangan dialih iaitu curi nadir bumi, beri kelulusan kepada syarikat China tanpa kebenaran,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023) di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Sanusi mendakwa Anwar dan seorang warganegara Indonesia pernah ke negeri itu untuk meninjau tapak lombong REE sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut laporan itu, Muhammad Sanusi berkata warganegara Indonesia yang dikenali sebagai 'Reza Khalid' itu dikatakan berminat melabur dalam aktiviti melombong REE di Kedah. - BERNAMA

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad