web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cawangan JPJ Diarah Turunkan Notis Tiada Cukai Jalan Fizikal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 8:37PM

Cawangan JPJ diarah turunkan notis mengatakan cukai jalan kenderaan persendirian fizikal tidak dikeluarkan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha kepada cawangan jabatan berkaitan yang mengatakan cukai jalan tidak akan dikeluarkan secara fizikal bermula 1 Ogos 2023 serta memohon pelanggan memperbaharuinya menerusi aplikasi MyJPJ.

“Stiker (cukai jalan fizikal) masih dikeluarkan, cuma ada beberapa cawangan kehabisan stok jadi mereka letak notis tiada lagi cukai jalan fizikal tapi itu bukan keputusan dasar. Jadi kita ambil langkah cepat, apabila kita tahu cawangan itu telah habis stok, kita akan teruskan tempahan stok,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya Kementerian Pengangkutan belum lagi menetapkan tarikh mutlak bagi transisi cukai jalan fizikal kepada digital sepenuhnya, malah rakyat masih diberi pilihan untuk menggunakan cukai jalan secara fizikal.

“Sementara ini kita akan bagi lagi, tapi akan sampai masa kita kata semuanya akan ditukar kepada digital sepenuhnya, namun keputusan ini belum dibuat, ia akan mengambil tempoh enam bulan hingga setahun sebelum dapat bertukar sepenuhnya kepada digital,” katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya 30 peratus pemilik kenderaan yang memilih untuk menggunakan cukai jalan secara digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Loke sebelum ini mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tempatan tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing bermula 10 Feb lepas, sebaliknya boleh menggunakan mod paparan digital.

Katanya langkah pendigitalan JPJ itu mampu mengurangkan kesesakan di pejabat dan kaunter JPJ sehingga 80 peratus, dengan setiap bulan secara purata 1.5 juta kenderaan perlu memperbaharui lesen kenderaan motor, dan membawa penjimatan RM96 juta setahun dari segi kos pelekat dan kad.

Mengulas penutupan beberapa laluan di ibu negara bermula Sabtu ini (5 Ogos), Loke berkata beliau telah memberikan pandangannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar keputusan itu dikaji semula dengan mengambil kira lebih banyak kesesakan jalan raya akan berlaku di kawasan terlibat.

Biarpun penutupan jalan berkenaan adalah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan bukan MOT, Loke berpendapat sebelum sebarang jalan raya ditutup, perlu ada perancangan sebaiknya dan melibatkan komunikasi atau cadangan daripada orang ramai.

DBKL memaklumkan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew akan ditutup sehingga 4 Ogos 2024 bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew.

Mengulas insiden seorang wanita yang dicabul di platform stesen LRT Maluri, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Loke berkata lelaki berkenaan yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur telah ditahan polis.

Beliau berkata Prasarana Malaysia Bhd diarahkan untuk meningkatkan elemen keselamatan di stesen-stesen LRT.

Dalam kejadian itu seorang wanita berdepan detik cemas apabila dipeluk secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di stesen berkenaan sebelum diselamatkan orang awam. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar