web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Contohi Ketegasan Tun Dr Ismail, Negara Selamat Jika Ada Integriti - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 5:31PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat pameran pada Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj ‘ Tonggak Perpaduan Negara’ di Dataran Merdeka hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Generasi muda wajar mencontohi ketegasan dan integriti tinggi dipamerkan mantan Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman dalam memimpin negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dua sifat itu perlu tersemat di dalam jiwa semua anak-anak muda kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab penting untuk menyelamatkan negara.

“Aspek ini, perkara ini dari negarawan Tun Dr Ismail yang perlu kita pelajari, termasuklah integriti Tun di dalam berpolitik, penting untuk anak muda terpahat dengan prinsip yang sama untuk tangani kebejatan sosial, tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan tatakelola yang baik.

Perkara ini perlu hidup dalam negara kita, negara akan selamat jika ada integriti, kerana apa, orang tahu kita tidak boleh dibeli, tidak makan pujuk rayu, wang dan harta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Memperingati Negarawan Allahyarham Tun Dr Ismail Al-Haj, Tonggak Perpaduan Negara di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali , Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan anak Allahyarham Tun Dr Ismail, Tawfiq.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan Tun Dr Ismail sebagai pejuang bangsa dan kebangsaan tulen yang mempunyai dasar dan visi jelas untuk membantu membina negara bangsa terutama pasca tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969.

 “Biarpun Tun ini golongan aristokrat, maknanya beliau rapat dengan istana dan kelas atasan, tetapi tidak langsung beliau pamerkan bila berbicara soal dasar, pembangunan luar bandar dan juga desa.

Apa yang saya boleh singkap, beliau mempunyai satu dasar yang jelas, iaitu untuk membangunkan negara, memacu pertumbuhan, menyelamatkan negara dan memberi harapan kepada setiap warganegara baik Melayu, Cina, India, di Sabah mahupun Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata sambutan yang diadakan bagi mengenang sumbangan negarawan ulung Tun Dr Ismail pada hari ini bukan sekadar satu nostalgia, sebaliknya untuk dijadikan pedoman generasi masa kini.

“Kita nak hidupkan mesej yang Tun Dr Ismail bawa, suara keramat beliau dalam meletakkan asas menyelamatkan negara bangsa… jadi sambutan ini sangat relevan tambahan di dalam bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi,” kata beliau. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan