web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPDN Bakal Perkenal Baja Rahmah Dalam Masa Terdekat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2023 3:14PM

Fuziah Salleh - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan baja Rahmah dalam waktu terdekat sebagai usaha membantu mengurangkan beban golongan petani di negara ini.

Timbalan Menterinya Fuziah Salleh berkata pihaknya dalam peringkat rundingan akhir dengan beberapa syarikat berkaitan bagi mengeluarkan baja yang berkualiti pada harga berpatutan.

"Tindakan proaktif ini diambil sebagai satu daripada cara untuk membantu mengurangkan beban petani sayur dan sawit dari segi kos penanaman selain mengelakkan kenaikan harga sayur dan minyak sawit di pasaran," katanya.

Fuziah berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Pantai Selamat Group di Pasar raya Fresh Choice Taman Tas di sini hari ini, yang turut melibatkan pengagihan 100 bakul Rahmah kepada golongan memerlukan.

Pasar raya itu turut mengadakan jualan Rahmah selama tiga hari bermula hari ini.

Selain itu, Fuziah berkata Jualan Rahmah Bergerak menerusi konsep ‘Kedai Cari Rakyat’ di Pahang dijadualkan bermula pada bulan ini di kawasan kekurangan pasar raya.

"Kita menyedari ada golongan tiada kenderaan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang sukar ke pasar raya menyebabkan kita yang perlu menyantuni mereka dengan cara mencari mereka," katanya.

Sejak konsep jualan itu dilancarkan pada 16 Jun lepas di Pulau Pinang, Fuziah berkata sambutan diterima di setiap lokasi pelaksanaannya di beberapa negeri sebelum ini, sangat baik dengan barangan yang dimuatkan dalam lori 10 tan habis dijual dalam tempoh dua hingga tiga jam. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad