web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemaskini Dasar Pastikan Laksana Cukai Ketika Perlu, Tidak Bebankan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 12:18PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan peserta Persidangan Cukai Kebangsaan 2023 pada perasmian persidangan itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Dasar percukaian Malaysia perlu berdasarkan dua prinsip asas, iaitu mengenakan cukai apabila ia benar-benar perlu dan ia tidak dianggap sebagai beban kepada pembayar cukai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Niat kami, sudah tentu, untuk menggalakkan mereka menjadi lebih produktif dan menyumbang kepada negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 selama dua hari bermula hari ini di sini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.

Menurut beliau, percukaian itu perlu, tetapi kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai secara berlebihan dan membebankan rakyat.

“Perubahan yang perlu kita lakukan, termasuklah dalam belanjawan yang akan datang (Belanjawan 2024 yang dijadualkan akan dibentangkan pada 13 Okt), akan dirangka dengan jelas berdasarkan prinsip 'mengenakan cukai apabila perlu dan tidak dilihat sebagai beban kepada rakyat dan komuniti perniagaan',” katanya.

Anwar berkata pelabur asing dan domestik akan melihatnya sebagai peluang dalam perusahaan perniagaan.

“Ini bukan sahaja sebagai ganjaran kepada mereka tetapi pada masa yang sama, memupuk semangat kekitaan atau rasa tanggungjawab terhadap mereka yang sejajar dengan konsep Madani,” katanya sambil menambah malah, mereka yang memerlukan dan terpinggir akan dapat bersaing dan bertahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad