web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Benarkan Injunksi Sementara Halang Muhammad Sanusi Keluar Kenyataan Fitnah PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 3:34PM

PM peroleh perintah injunksi sementara untuk halang Muhammad Sanusi daripada mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web dan mana-mana platform lain.

Peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar berkata Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding semalam.

“Perintah injunksi itu dikeluarkan bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan mana-mana platform lain.

“Defendan juga harus mematuhi perintah injunksi ex-parte ini dengan serta-merta selepas penyampaian perintah ini kepada defendan,” kata Nair ketika dihubungi hari ini.

Anwar, 75, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Muhammad Sanusi ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya “Jelajah PN Best Tambun” tahun lepas.

Menurut Nair kes saman itu masih menunggu pendengaran pada tarikh yang akan ditentukan oleh mahkamah, namun Muhammad Sanusi dengan tegas dan tekad mengulangi kenyataan fitnah serupa berkaitan dengan perbicaraan kes jenayah membabitkan Anwar dalam dua ceramah iaitu Jelajah PN Best Negeri Sembilan pada 18 Mac lalu di Nilai, Negeri Sembilan dan Jelajah Selangor Baharu-Selayang pada 11 Julai di Selayang, Selangor.

Katanya, perintah injunksi yang dimeterai itu telah diserahkan kepada peguam yang mewakili Muhammad Sanusi hari ini pada 12.30 tengah hari.

“Kesannya, Muhammad Sanusi dilarang daripada mengulangi, mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan-kenyataan dalam apa-apa ceramah, acara, temu bual, penulisan atau penerbitan dalam media terhadap perdana menteri (Anwar).

“Sekiranya beliau (Muhammad Sanusi) mengulangi perbuatan sama dan melakukan pelanggaran terhadap terma perintah injunksi interim itu, ia akan dianggap sebagai menghina mahkamah dan akan dihadapkan kepada prosiding menghina mahkamah serta bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi,” kata Nair.

Menurut peguam itu, Muhammad Sanusi diberi amaran keras supaya mematuhi terma perintah injunksi interim tersebut dan sekiranya gagal, beliau akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov tahun lepas.

Muhammad Sanusi dalam pernyataan pembelaannya menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa niat jahat dan memfitnah Anwar, sebaliknya mengkritik Ahli Parlimen Tambun itu bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad