web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ucap Selamat Hari Pahlawan Kepada ATM, PDRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2023 1:13PM

PM zahir penghargaan terhadap jasa anggota ATM, PDRM pada Hari Pahlawan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan pasukan keselamatan itu dalam melindungi kedaulatan negara.

"Salut saya buat mereka atas keringat yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi. 

"Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup atau telah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selamanya. Terima kasih atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini," menurut hantaran itu.

Tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata kebhinekaan persembahan pantomim yang dipertontonkan pada sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pagi ini menggamit semua yang hadir.

Anwar berkata paling menyentuh hati adalah pantomim berkisar pengorbanan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika insiden serangan hendap kumpulan pengganas Sulu di Perkampungan Ai Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac 2013. 

"Kendatipun insiden itu telah berlalu 10 tahun lamanya, namun ia tetap memberi kesan kepada rakyat dan negara.

"Saya dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) turut berkesempatan menyantuni isteri dan anak-anak anggota dan pegawai yang terkorban dalam insiden itu,” katanya dalam hantaran berkenaan. 

Sambutan berkenaan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri berkata jasa dan pengorbanan pahlawan serta perwira negara pastinya akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting demi memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan. -- BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar