web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kastam Sabah Rampas Lebih 100 Kilogram Syabu Bernilai RM3.36 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2023 9:00PM

Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya merampas syabu bernilai RM3.36 juta di Pelabuhan Sepanggar, pada Rabu lalu. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 101.95 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam serbuan di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Rabu lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Zazuli Johan.

Beliau berkata serbuan pada kira-kira 5 petang ke atas sebuah kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor itu, dilakukan pegawai dan anggota Cawangan Narkotik, Unit Operasi Penguatkuasaan, Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam Sabah, hasil daripada maklumat risikan.

"Kontena tersebut mengandungi barangan campur dan hasil pemeriksaan rapi terhadap kontena itu, pasukan serbuan menemukan sembilan kotak disyaki mengandungi dadah berbahaya jenis methamphetamine atau syabu.

“Kesemua dadah itu dibungkus menggunakan pembungkus jenama serbuk pencuci dipercayai bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Zazuli berkata tiada tangkapan suspek dibuat pada masa ini, namun usaha mengesan dan menyiasat pengirim atau penerima sedang dilakukan berdasarkan alamat yang tertera iaitu di sebuah kondominium di Likas di sini.

Menurutnya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup.

Sementara itu, beliau berkata, setakat 25 Julai lepas, JKDM Zon Sabah merampas sebanyak 122.91 kilogram dadah bernilai RM7.66 juta. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad