web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPWKM Bangunkan Anjung Sinar, Jadi Pusat Transit Untuk Belia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2023 9:00AM

Nancy Shukri - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membangunkan projek perintis ‘Anjung Sinar’ sebuah pusat transit untuk belia berumur 18 tahun dan ke atas yang telah dibenarkan keluar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak mempunyai ahli keluarga atau berasal daripada keluarga susah.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata matlamat projek itu ialah memperkasa dan memastikan kesejahteraan mereka dengan menyediakan peluang pendidikan, pekerjaan dan kemahiran.

“Kami mengalu-alukan pihak untuk berkolaborasi dan berharap projek baharu ini akan berjaya untuk generasi seterusnya… untuk kementerian, tugas kami ialah menerajui pelbagai inisiatif bertujuan memperkasa dan meningkatkan taraf hidup mereka yang kurang berkemampuan.

“Bagaimanapun kami tidak boleh melakukannya sendiri dan kami sentiasa menyambut baik idea baharu, sokongan dan penyertaan sektor swasta dalam arena Kemampanan Korporat dan Tanggungjawab Sosial (CSR),” katanya ketika merasmikan Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023 di sini malam tadi.

Nancy berkata sejak 1980-an, kementerian itu telah mewujudkan kerjasama CSR yang berjaya seperti program Anjung Kasih oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) iaitu pusat penginapan sementara untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan menemani pesakit di hospital kerajaan.

“Terbaharu, kami menganjurkan Anjung Kasih Pulau Pinang dan ia tidak akan dapat direalisasikan tanpa Kumpulan Sunway. Seramai 85,596 keluarga pesakit telah memanfaatkan Anjung Kasih yang disediakan di 18 hospital kerajaan di seluruh negara secara percuma,” tambahnya. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad