web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Pos Tohoi: Keluarga Orang Asli Kematian Anak Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 8:17PM

Selepas lapan tahun, kerajaan akhirnya bersetuju menyelesaikan kes saman mereka, melibatkan bayaran RM1.2 juta - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU -- Tiada kata yang dapat diungkapkan keluarga tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi, Gua Musang yang hilang pada Ogos 2015 kepada kerajaan selain berterima kasih kerana bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah dengan bayaran penyelesaian sebanyak RM1.2 juta.

Mereka gembira dengan cara penyelesaian kes itu namun tetap sedih di atas kejadian yang menimpa anak-anak mereka.

Hampir lapan tahun lepas, berita kehilangan tujuh murid itu menggemparkan negara dan selepas 47 hari, dua murid ditemukan masih hidup dalam keadaan cengkung dan lemah berhampiran Sungai Perias manakala empat meninggal dunia dan seorang tidak dijumpai.

Mida Angah, 48, ibu kepada Haikal Yaakob, yang meninggal dunia dalam kejadian itu berkata dia amat gembira dengan cara penyelesaian kes tersebut walaupun masih sedih atas pemergian anaknya yang berumur lapan tahun ketika itu.

“Terima kasih kepada peguam-peguam yang bertungkus-lumus membantu kami sekeluarga dalam menyelesaikan kes yang sudah lama ini, sejak tahun 2018 lagi.

"Dengan penyelesaian penuh yang diberikan kerajaan, sedikit sebanyak dapat membantu kami sekeluarga walaupun perasaan sedih tu masih ada," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Seorang lagi anak Mida, Norieen, yang ketika kejadian berumur 11 tahun, ditemukan selamat. 

Mida Angah berterima kasih kepada barisan peguam dan kerajaan - gambar BERNAMA
Mida Angah berterima kasih kepada barisan peguam dan kerajaan - gambar BERNAMA

Tujuh murid itu terdiri daripada enam perempuan dan seorang lelaki, melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos 2015 kerana takut dihukum selepas mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.

Selain Norieen, seorang lagi dijumpai selamat ialah Miksudiar Aluj, 12 tahun semasa kejadian.

Haikal; Ika Ayel, sembilan; Juvina David, tujuh; Linda Rosli, lapan, ditemukan meninggal dunia manakala Sasa Sobrie, lapan, tidak dijumpai.

Sementara itu, Sobrie Latif, 35, berkata dia amat berpuas hati dengan cara penyelesaian tersebut dan berterima kasih kepada kerajaan yang bersetuju menyelesaikan kes saman mereka.

"Saya amat berpuas hati dengan keputusan ini dan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bantu kami kerana kalau kami sendiri, tidak mampu untuk melantik peguam dan sebagainya," katanya. 

Sobrie Latif - gambar BERNAMA
Sobrie Latif - gambar BERNAMA

Sementara itu, peguam Siti Kasim yang mewakili keluarga mangsa berkata persetujuan mengenai bayaran pampasan itu dicapai di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula semalam hingga 27 Julai ini.

"Alhamdulillah, kes ini sudah selesai walaupun mengambil masa yang agak lama tetapi penantian keluarga mangsa akhirnya terjawab dan menerima pampasan.

"Kejadian yang menimpa keluarga mangsa ini pastinya memberi kesan trauma apabila kehilangan insan yang tersayang. Saya harap semua pihak akan lebih prihatin mengenai isu-isu berkaitan anak Orang Asli di sekolah," katanya.

Pada 2018, keluarga tujuh murid itu memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pelajaran, guru besar sekolah, warden asrama, Menteri Kemajuan Luar Bandar, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Daerah Gua Musang atas perlanggaran kewajipan Perlembagaan, kewajipan statutori dan kewajipan fidusiari.

Siti Kassim - gambar fail
Siti Kassim - gambar fail

Semalam, kerajaan bersetuju membayar RM1.2 juta sebagai penyelesaian penuh terhadap saman yang difailkan keluarga Orang Asli itu.

Berdasarkan terma penyelesaian yang direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas, kedua-dua pihak mencapai persetujuan bahawa pihak defendan membayar sebanyak RM1.2 juta dan kos RM60,000 sebagai jumlah penyelesaian penuh dan muktamad bagi kes itu.

Penyelesaian penuh dan muktamad kes itu juga adalah tanpa sebarang perakuan liabiliti daripada semua defendan. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad