web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembantu Rumah Curi Barangan, Wang Majikan RM10,850 Diburu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:00AM

Gerakan memburu pembantu rumah yang berusia 31 tahun itu sedang giat dijalankan - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU -- Polis sedang mengesan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki melarikan diri bersama barang berharga dan wang tunai milik majikannya dianggarkan bernilai RM10,850, Isnin lepas. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada majikannya yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 52 tahun pada 10.48 malam, semalam.

"Suspek yang berusia 31 tahun melarikan diri dari rumah pengadu di kawasan Taman Pelangi di sini, pada 11.21 pagi, Isnin. Ketika melarikan diri suspek memakai baju-T hitam berbelang kuning di bahagian dada dan berseluar merah. 

"Hasil siasatan pihak polis mendapati suspek telah melarikan diri dengan membawa sebuah beg membeli-belah warna biru dengan cara memanjat pagar di hadapan rumah," katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Bagaimanapun beliau berkata kira-kira 8.43 pagi tadi, pihaknya menerima maklumat terdapat empat video berdurasi 12 hingga 30 saat dan satu kenyataan telah tular di laman Twitter menerusi akaun @mynewshub mendakwa seorang pembantu rumah didera oleh majikan.

Katanya video itu memaparkan perbualan seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita warga asing dengan wanita itu kemudian memberi kenyataan kononnya dia didera oleh majikannya ketika bekerja sebagai pembantu rumah di Taman Pelangi.

"Pihak polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan. Lelaki itu membantu wanita berkenaan membuat laporan, namun hanya mengenai kehilangan pasport dan bukan berkaitan didera," kata Raub sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes di talian 016-9442795. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad