web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Johor Selamat Jalani Pembedahan Bahu Kanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2023 9:40AM

Sultan Ibrahim menjalani pembedahan bahu kanan di Hospital Pakar Damansara 2 di ibu negara semalam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU  --Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan baginda akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur, semalam..

Menurut hantaran terbaru di laman sosial Facebook, baginda memaklumkan prosedur pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam.

“Pembedahan berjalan dengan baik dan saya juga berada dalam keadaan baik.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pasukan petugas perubatan yang terlibat dan juga kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah-mesra bersama pasukan petugas perubatan selepas selesai menjalani pembedahan.

Sultan Ibrahim dijadualkan akan menjalani rawatan susulan radiofrekuensi untuk beberapa hari sebelum baginda berangkat pulang ke Johor. 

Doktor pakar ortopedik yang terlibat dalam pembedahan tersebut ialah Dr Tan Chin Khoon, Dr Simmrat Singh Jagdis Singh dan Dr Shamsul Iskandar Hussein. 

Turut membantu Dr Naveen Rajadurai (Radiologi) dan dua pakar bius iaitu Dr Zuraini Md Noor dan Datin Dr Vanitha Sivanaser (pakar bius).

Turut bersama dalam pembedahan itu ialah Datuk Dr Subrahmanyam Balan, doktor peribadi Sultan Johor.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

M Daud Kilau: Ayah Sepatutnya Jalani Pembedahan - Anak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi