web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sebagai Hab Umrah Mampu Pacu Pelancongan Mesra Muslim - MOTAC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 8:53PM

Tiong King Sing - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab umrah diyakini dapat memacu dan merancakkan industri pelancongan negara bukan sekadar sebagai negara transit kepada jemaah yang ingin menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata melalui inisiatif itu juga negara dapat menawarkan pakej pelancongan berkonsepkan “Mesra Muslim” kepada jemaah.

“Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara serta memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim global. 

Inisiatif ini adalah selari dengan salah satu tunjang Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 bagi memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam memastikan kejayaan pelaksanaan cadangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab umrah kepada jemaah dari rantau Asia Tenggara seperti Singapura, Thailand, Brunei, Korea Selatan dan Jepun, Tiong telah mengarahkan bahagian berkaitan mengadakan sesi libat urus dengan wakil persatuan untuk memperhalusi dan mempertimbangkan cadangan ini. 

Malaysia sebagai hab umrah mampu menjana pendapatan negara - gambar hiasan
Malaysia sebagai hab umrah mampu menjana pendapatan negara - gambar hiasan

“MOTAC akan membawa cadangan ini ke dalam Kabinet dan mengenal pasti akta atau peraturan bersesuaian dalam melaksanakannya termasuklah keperluan dan kebajikan yang perlu diberi perhatian terhadap mereka yang akan menunaikan umrah.

Justeru, menjadi harapan MOTAC agar pemain industri dan orang awam memberi kerjasama dalam usaha kerajaan memperkemaskan pengurusan umrah dan secara tidak langsung membantu perjalanan umrah yang lebih teratur,” katanya. 

Pada 14 Julai lepas, Tiong telah mewakilkan timbalannya Khairul Firdaus Akbar Khan bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) bertujuan membincangkan isu terkini dan cadangan dalam pengurusan umrah antara kementerian, agensi dan wakil Persatuan Pengendali Umrah. 

Antara kementerian dan agensi kerajaan yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji dan lain-lain agensi berkaitan manakala wakil persatuan pengendali antaranya Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia. 

Pada mesyuarat itu, ahli mesyuarat MKSU juga diberi pendedahan terhadap jumlah kes penipuan melibatkan jemaah umrah di Malaysia yang mendorong MOTAC memperkenalkan Strategi Pemerkasaan Pengurusan Umrah dan Mekanisme Penguatkuasaan Pelancongan Industri Umrah agar industri pengurusan umrah dapat diperkasakan. 

Selain itu, ahli mesyuarat MKSU juga menyokong dan bersetuju dengan cadangan pelaksanaan beberapa perkara melibatkan pemerkasaan pengurusan industri umrah termasuk inisiatif menjadikan Malaysia sebagai hab umrah di rantau Asia.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhentilah Menangguk Di Air Keruh, Dr Ammar Tahu Kenapa Beliau Diturunkan Pangkat!

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MOTAC Sasar Jualan RM28 Juta Untuk Pakej 'My Ramadan Experience 2024'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pencalonan Anugerah Seni Negara Dibuka Mulai Hari Ini Sehingga 29 Februari - MOTAC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar