web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesedaran Keselamatan Perlu DIpertingkat Di Lebuhraya Pan Borneo - Fadillah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2023 1:31PM

Fadillah Yusof - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING -- Program kesedaran keselamatan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo perlu dijalankan bagi membolehkan penggunanya menyesuaikan diri ketika melalui lebuh raya yang dalam peringkat akhir pembinaan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pengenalan pusingan ‘P’ bagi menggantikan pusingan ‘U’ di sepanjang lebuh raya itu adalah antara beberapa peraturan yang masih belum dapat diikuti sepenuhnya sehingga menjadi antara punca kemalangan.

“Pan Borneo merupakan lebuh raya pertama di Sarawak yang merupakan jalan empat lorong dan dua hala di mana kita melihat kejadian kemalangan agak banyak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Advokasi Keselamatan Pan Borneo Sarawak di sini hari ini.

Menurut statistik yang diperolehnya, beliau berkata sebanyak 355 kes kemalangan maut telah dilaporkan antara Januari dan Jun tahun ini, yang angkanya dianggapnya membimbangkan.

Selain peraturan baru, sikap pengguna yang memandu melebihi had laju, melawan arus lalu lintas selain memintas penghadang jalan kerana mahu tiba cepat ke destinasi menjadi beberapa lagi punca kemalangan di lebuh raya itu, katanya.

Pusingan P dikenal pasti sebagai antara punca kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo - gambar hiasan
Pusingan P dikenal pasti sebagai antara punca kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo - gambar hiasan

Fadillah berkata program jelajah yang dihadiri beliau hari ini melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat bagi zon Kuching dan akan diadakan di bahagian-bahagian lain di Sarawak secara berperingkat.

Program berkenaan dianjurkan bersama Jabatan Kerja Raya Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pengurusan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (PLPS) dan pejabat-pejabat daerah di seluruh negeri itu.

Sementara itu, Fadillah berkata beliau telah diarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membantu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi mencari kaedah untuk mempercepatkan lagi penyiapan lebuh raya berkenaan.

Menurutnya dua daripada tiga seksyen pembinaan lebuh raya itu dijadualkan siap sebelum penghujung tahun ini yang terdiri dari Seksyen Sarikei dan Bukit Begunan, sementara Seksyen Lambir berdekatan Miri bakal disiapkan tahun depan. -- BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi