web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Maut Dalam Kebakaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 4:12PM

Pemeriksaan pihak bomba dalam bilik itu menemukan kanak-kanak tersebut namun mangsa telah meninggal dunia. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dipercayai sedang tidur maut selepas bilik di rumah flat didiami bersama keluarganya terbakar dalam kebakaran di Taman Pantai Bersih, di sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth Mohd Nasir Idris berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 8.29 pagi berhubung kebakaran di rumah flat yang terletak di tingkat dua daripada empat tingkat tersebut.

"Pihak bomba terus ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu dan ketika tiba mendapati bilik di sebuah rumah flat berkeluasan 900 kaki persegi di situ terbakar serta api telah berjaya dipadamkan.

"Kira-kira 20 peratus bilik yang berkeluasan 100 kaki persegi itu musnah dalam kebakaran tersebut dan kami dimaklumkan terdapat seorang kanak kanak berusia dua tahun di dalam bilik berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya pemeriksaan pihak bomba dalam bilik itu menemukan kanak-kanak tersebut namun mangsa telah meninggal dunia.

Mohd Nasir berkata mayat kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Katanya punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supt  Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan kebakaran yang menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia.

"Kejadian itu melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan berdasarkan maklumat awal mangsa sedang tidur di dalam bilik berkenaan manakala ibunya telah keluar bekerja pada 7.30 pagi," katanya.

Beliau berkata semasa kejadian neneknya sedang mandi manakala ahli keluarga lain sedang tidur dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1,000 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad